Gambar terkini Lahad datu

9 mac 2013 - Operasi Dulat masih lagi diteruskan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Pada jam 8 pagi tadi, semasa operasi dijalankan, seorang penceroboh telah cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanjung Batu dan berlaku kejadian tembak menembak. Pasukan keselamatan telah berjaya menumpaskan peceroboh tersebut.

Tembakan mortar dilepaskan dilepaskan ke arah musuh.

Di samping itu, usaha juga telah dijalankan di luar kawasan operasi dengan maklumat-maklumat yang diperoleh hasil daripada tangkapan penceroboh sebelum ini. Pihak polis juga meneruskan usaha-usaha mengesan suspek-suspek yang masih bebas. Sehingga kini seramai 79 suspek telah ditangkap dan mereka berada dalam tahanan pihak polis untuk siasatan.

ANGGOTA tentera berkubu selepas menguasai Tanduo dan Tanjung Batu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyatakan beliau menafikan pihak pengganas ada menawan anggota keselamatan dan orang awam. Beliau juga tidak pasti dari mana maklumat itu diperolehi, walaubagaimanpun keadaan sudah semakin baik penduduk sudah mula dapat membuat aktiviti harian.

sumber : Sini

p/s Diharap masalah ini akan cepat selesai supaya pihak asing tidak cuba mula masuk campur.Ayuh, perkemaskan lagi serangan agar semua pengganas sulu tumpas. Amin.

Update- Gambar terkini konflik Lahad datu

Konflik Lahad Datu hanya kerana 'bayaran' tidak cukup?

MANILA 8 Mac - Pemangku Gabenor wilayah autonomi Mindanao, Mujiv Hataman, hari ini mendedahkan bahawa pengikut Jamalul Kiram pada mulanya hanya mahu berjumpa pihak berkuasa Malaysia bagi membincangkan tentang jumlah bayaran penyerahan Sabah 'yang tidak munasabah' oleh Kuala Lumpur kepada keluarga itu.

''Kami berjumpa dengan jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idijarani dan anaknya, Jacel Kiram, baru-baru ini.

''Dan bila tiba masa anaknya bercakap, beliau mendakwa mereka tidak mempunyai rancangan untuk menuntut Sabah.

''Kata Jacel, adalah lebih baik sekiranya kerajaan Malaysia berjumpa dengan mereka bagi membincangkan Sabah dan hak-hak yang bersesuaian.

''Katanya, adalah tidak munasabah mereka hanya menerima bayaran 70,000 peso (RM5,300) untuk Sabah, sedangkan jumlah itu tidak mencukupi untuk menyewa sebuah apartmen,'' kata Hataman.

Projek Jet Pejuang Malaysia "Taufan Ganas" TUDM di Universiti Putra Malaysia

Bertempat di ibu pejabat MIGHT (Malaysian Industry-Government Group for High Technology), Datuk Rosdi Mahmud yang merupakan CEO CTRM Sdn Bhd, yang juga merupakan Executive Director Aerospace Malaysia Innovation Centre (AMIC) telah mengisytiharkan bahawa UPM telah dipilih sebagai LEAD UNIVERSITY bagi AMIC.

Manakala universiti lain seperti UTM, UKM, UTeM, UiTM dan USM adalah Strategic University Partner dalam AMIC.

AMIC yang merupakan pusat penyelidikan bertaraf dunia yang ditubuhkan berdasarkan model AMRC with Boeing di Sheffield. Di Sheffield, AMRC diterajui Boeing dan Rolls Royce manakala AMIC pula ia diterajui oleh EADS, Rolls Royce dan CTRM. Joint Chairman bagi AMIC adalah EADS dan Penasihat Sains Perdana Menteri.

EADS (European Aeronautic Defense and Space Company) adalah syarikat yang mempunyai kepentingan 100% dalam AIRBUS. Rolls Royce adalah pengeluar enjin pesawat komersil yang utama manakala CTRM Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia yang menjadi kontraktor bagi AIRBUS.

Pemilihan UPM telah dilakukan berdasarkan dokumen Invitation to bid yang telah dilakukan oleh pihak Sekretariat Malaysian Aerospace Council bermula 28 Disember 2010 hingga 28 Januari 2011 yang lalu. Pengumuman dibuat setelah pihak Steering Committee yang terdiri dari EADS, Rolls Royce, CTRM, EPU, MOF, MIGHT dan MOHE bermesyuarat di sebelah pagi.

Sebagai LEAD UNIVERSITY, UPM perlu menjadi sebagai koordinator bagi mengembelingkan pakar-pakar yang berada di Malaysia agar dapat menyumbangkan kepakaran mereka untuk teknologi yang berkaitan aerospace.

AMIC merupakan satu pusat penyelidikan yang bersifat multi disiplin kerana pakar-pakar dari UPM yang akan terlibat dengan AMIC datangnya dari Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Fakulti Pertanian.

Menurut Perunding Teknikal bagi AMIC, Dr Mohd Roshdi Hassan, antara penyelidikan yang akan dilaksanakan oleh AMIC adalah bahan api alternatif dari Algae, kaedah baru pembentukan struktur pesawat dari bahan komposit, penggunaan bahan yang berasaskan bio komposit bagi panel dalaman pesawat dan juga yang berkaitan dengan avionik.

Penubuhan AMIC telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia ketika Mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia pada 1 Disember 2010 yang lalu. Sebanyak RM 40 juta telah diperuntukkan bagi AMIC dimana RM 20 Juta dari Kerajaan Malaysia dan RM 20 Juta dari EADS, Rolls Royce dan Sprit Aerosystem.

Majlis Aeroangkasa Malaysia juga telah melantik MIGHT-METEOR Advance Manufacturing Sdn Bhd (MMAM) sebagai Pengurus Projek AMIC. Dalam Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), MMAM telah dipertanggungjawabkan bagi menubuhkan satu pusat kecemerlangan bagi aeroangkasa menjelang hujung 2010. Jadi, pusat kecemerlangan yang dimaksudkan dalam ETP tersebut adalah AMIC.

AMIC dijangka akan memulakan operasinya pada pertengahan tahun ini dengan mulakan projek penyelidikan yang telah ditelah dikenal pasti oleh pihak steering committee.

p/s Diharap menjadi kenyataan supaya negara menjadi semakin kuat dalam hal ketenteraan. Pembelian peralatan persenjataan dari pihak asing untuk jangka masa panjang sebenarnya amat merugikan negara. Lagipun, jika mampu membina peralatan ketenteraan sendiri, rasanya pihak asing akan lebih menghormati kita. Ayuh Malaysia....terus berjuang.

32 pengganas maut di lahad datu

LAHAD DATU – Seramai 32 lagi anggota kumpulan pengganas dari Sulu terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di kawasan ”ground zero” di Tanjung Batu, di sini hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis percaya antara yang ditembak dalam pertempuran itu pada pukul 11.30 pagi ialah seorang ketua kumpulan berpangkat jeneral.
"Dalam operasi pada pukul 11.30 pagi di Tanjung Batu kami percaya 31 musuh tumpas, manakala seorang lagi musuh tumpas dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi.
"Tiada anggota keselamatan yang cedera,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain pada pukul 5 petang ini di Felda Sahabat 16 di sini.
Ismail berkata, pasukan keselamatan memperluaskan kawasan operasi itu sejak semalam untuk menjejaki saki baki kumpulan yang dipercayai masih berada di dua tempat iaitu Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.
Beliau berkata, keseluruhan musuh yang ditumpaskan sejak Jumaat lepas ialah 52 orang iaitu melibatkan kejadian di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu serta di Kampung Simunul, Semporna. – BERNAMA

Lahad datu - 32 pengganas lagi maut

Lahad Datu - 32 lagi pengganas maut

berita selanjutnya..

Pengganas Lahad datu - Kejam!!!!

Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata polis dalam Facebook lewat malam tadi.

berita lanjut..sini atau sini

Dah Bosan Bekerja?

1. Buat muhasabah diri dan kaji untuk apa anda pergi ke tempat kerja setiap hari. Adakah semata-mata hanya kerana anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tidak kisah apa itu kecemerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja itu? Setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi malas, tidak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tidak ambil kisah, janji duit gaji masuk.

Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai ‘booster’ motivasi. Jika itu niat anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, prestasi kerja, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.

2. Dengan inisiatif anda sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu anda lakukan dalam bidang kerja anda. Misalnya, jika kawan sekerja anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime.

Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga anda tidak sedar masa berlalu.

3. Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang anda tunjuk rajin. Itu kerjaya anda dan katakan pada diri, bukan kawan-kawan anda yang bayar gaji anda. Untuk menjadi pekerja cemerlang, anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. 

Anda harus proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tetapi, rajin biar kena tempatnya, nanti anda akan dipergunakan.

4. Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit ‘politik’. Keupayaan komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji sikap rakan-rakan sekerja anda.
Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu di mana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.

5. Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ilmu, sama ada teori atau praktikal. Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai.

Dia menumpukan usaha pada perkara yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya cuba menguasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat. Minda anda lebih senang menangkap dan memahami apa yang anda pelajari jika anda tumpukan pada satu perkara dalam satu-satu masa.

Sabah Milik Malaysia Selamanya ..titik

Allahyarham Tun Mohammad Ghazali Shafei (dua dari kiri) bersama-sama ahli Suruhanjaya Cobbold ketika di Jesselton, Sabah.

Sebab-sebab yang membawa kepada pembentukan Malaysia

Suruhanjaya Cobbold.

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia.

Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Maklumar lanjut sini

PENUBUHAN MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963

Rentetan Peristiwa

TARIKH
PERISTIWA
27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik
23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur
17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia

p/s - Harap ini dapat membantu kesultanan Sulu mempertimbang niat mereka mahu menuntut sabah.

Sabah milik Malaysia Selama-lamanya.

Lahad datu - 12 mayat pengganas sulu ditemukan

LAHAD DATU 6 Mac - Pihak keselamatan hari ini menemukan 12 mayat pengganas Sulu ketika membersih dan menggeledah sejurus selepas serangan besar-besaran di Kampung Tanduo, di sini semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamid dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar bersama berkata, setakat ini sebanyak 13 pengganas disahkan terbunuh di kampung tersebut, termasuk seorang ditembak mati pagi ini.

Pada sidang media itu turut ditayangkan gambar-gambar anggota pengganas terbabit untuk tatapan pihak media. - UTUSAN

Update : Lahad Datu.. Operasi berterusan

update: 

Ops Daulat serang besar-besaran kubu pengganas di Tanduo
Setakat malam tadi 30 mayat pengganas ditemui

LAHAD DATU: Operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, dekat sini diteruskan hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal.

Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo.

Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka.

Di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih terkawal dan tenang.

Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan.

Nama wakil media yang bertugas di kawasan itu juga direkodkan pihak polis bagi tujuan keselamatan.
Pemeriksaan juga dilakukan terhadap van dan kenderaan yang membawa penumpang yang ramai.

Di SEMPORNA keadaan juga dilapor tenang dengan masyarakat meneruskan tugasan harian mereka serta premis perniagaan dibuka seperti biasa pada pagi ini. - BERNAMA
;

Penceroboh sulu masih bersembunyi selepas serangan

KUALAU LUMPUR 5 Mac - Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini, lapor Bernama.

Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.

"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu, sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.

Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugat ketenteraman awam di Sabah.

Moga saki-baki penceroboh dihapuskan agar tidak mengganggu ketenteraman Malaysia....

Penceroboh Sulu tumpas

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (tengah) dan Panglima Angkata Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) pada sidang media di Lahad Datu.

KAMPUNG TANDUO: Kumpulan bersenjata Sulu telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.

Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata.

Mereka adalah pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, selain menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir dilanjutkan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.

Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan telah dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang tentera negara melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu.

Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi Selasa bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui.

Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal dengan pemantauan oleh pihak polis dan tentera.

Pasukan keselamatan turut mengawal ketat di beberapa lokasi strategi di mana mereka diancam oleh pengikut Sultan Sulu kononnya akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh Sulu dikalahkan.

p/s -  Jika berita ini disahkan..alhamdunillah selesai juga akhirnya....
         Harap begitulah hendaknya dan syabas kepada Pasukan Pertahanan kita..

Pasukan keselamatan GEMPUR kg Tanduo, Lahad Datu

Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama  
                                           Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05

KENYATAAN PENUH PERDANA MENTERI

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februai, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

p/s - Harapan agar tidak ada korban dari pihak keselamatan melawan penceroboh ni ..amin..

jom cari pengkhianat nii!!!!

BANTU NEGARA !!!

Lelaki dalam foto ini sedang dikesan kedudukannya dipercayai bertindak sebagai penyokong & perisik lanun Sulu yang aktif mengawasi pergerakan pasukan keselamatan & maklumat-maklumat keselamatan berkaitan insiden di Sabah melalui media baru seperti facebook,twitter dll.

Semenjak insiden Lahad Datu dia telah banyak kali menukar nama Facebooknya & memadam gambar-gambar dirinya bersama senjata & latihan ketenteraan yang disertainya dari album fotonya.
Bantu pihak pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat jika anda kenal,tahu atau ada mempunyai maklumat lokasinya atau orang-orang mencurigakan sepertinya.

Hubungi IPK Sabah 088-253 555 atau sms Rakan Cop POLISSABAH [Maklumat Aduan ] hantar ke 32728 DAPAT.

sumber : sumber

Semporna - Kuasa rakyat pukul sampai mati penceroboh

Puluhan penduduk membelasah hingga mati seorang lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.
Dalam insiden awal pagi ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam dan bersenjatakan M-16 turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna.
Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan, lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".
"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.
Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.
Beliau berkata lelaki itu dibelasah hingga mati dan mayatnya diletakkan berhampiran sebuah pokok di kampung itu.
Pesuruhjaya Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang akhbarnya mengesahkan kejadian itu dan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, penceroboh menyelinap masuk ke kampung itu melalui jalan pantai.
"Penceroboh itu bersenjatakan M-16 dan membawa pelancar roket," katanya sambil memberitahu bahawa siasatan mendapati lelaki itu berbangsa Sulu dan berumur dalam lingkungan 60-an.
Kebanyakan penduduk di kampung itu adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.
Sementara itu pelancong dari Republik Czech Jam Pesta, 67, yang bersama keluarganya merancang untuk bercuti ke Pulau Mabul berharap insiden pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata yang tidak dikenali itu dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.
"Saya dapati Semporna mungkin antara destinasi pelancongan terbaik di dunia dan sudah tentu di kawasan Asia. Saya berharap insiden ini cepat berakhir," katanya.
Beliau berkata rancangan percutiannya ke Pulau Mabul bersama isteri dan anggota keluarganya ditangguh ke tarikh yang belum ditentukan oleh agensi pelancongan.
"Saya sudah di sini selama dua hari. Sepatutnya esok saya dan isteri ke Pulau Mabul namun secara tiba-tiba ditangguh oleh agensi pelancongan," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri turut memuji tindakan berani penduduk kampung di Semporna yang menumpaskan seorang penceroboh yang dianggap beliau bukti penduduk setempat tidak bersetuju dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

sumber : http://perigitimur.blogspot.com

p/s  Itulah masuk rumah orang kena hormat rumah orang. ini tidak malah dengan berani mengaku membunuh pegawai polis. Sesiapun marah..kan dah kena
Penceroboh Filipina.. Anda tidak diiktiraf di sini..silakan keluar dari Malaysia

Rasionalkah Tuntutan Kerajaan Sulu - Tidakkk

Sebabnya:
1. Siapakah Yang Menceroboh?
Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:
Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.
Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.

Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?
‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:
“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?
Ya.
Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.
Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?
Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.
Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepadaBritish North Borneo Company pada 22 Januari 1878.
Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.

Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

6. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?

Tidak

Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:
      1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta,    atau kurang USD0.03 seekar.
      2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02         seekar.

7. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?
Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.
Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

8. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.
Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.

9. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?
Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.
Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atauCorregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).
William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

10. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis dan tiada harapan

Pertama

 kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua

 kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.
Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga

 geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.
Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:
Article 3
The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.
(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)

Keempat

 Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.
Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Kelima

 laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Keenam

 Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15

Ketujuh

 jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

sumber : http://mymassa.blogspot.com/

p/s.. Harapnya lepas ini penceroboh 'kesultanan sulu' silalah keluar dari bumi Malaysia. Anda tidak layak berada di bumi Malaysia yang tercinta ini!!!

semporna- serang hendap

5 polis maut dalam serang hendap di Semporna
03/03/2013 1:00pm

LAHAT DATU - Seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.

Sementara dua dari kumpulan bersenjata turut terbunuh, katanya.— BERNAMA

p/s ..Diharapkan situasi ini masih dalam kawalan kita.

sumber : kosmo

Bahagiakan rumah tangga anda

Kalau kita lihat sekarang ni kadar penceraian di Malaysia memang tinggi. Setiap hari kita boleh dengar permasalahan rumahtangga. Biasa kita dengar masa bercinta semuanya elok tapi bila dah kahwin ada saja yang tidak kena, kentut pun kena marah. Lagi satu biasa juga saya dengar ada orang mengatakan bila sudah kahwin perasaan cinta suami terhadap isteri lama kelamaan akan luntur tapi sebaliknya dengan isteri. Bila sudah kahwin perasaan cinta isteri terhadap suami akan bertambah-tambah. Akan tetapi pernah kah kita terfikir akan punca-punca ini semua berlaku. Di sini saya sediakan tips yang dapat membantu semua dalam mengeratkan hubungan dengan pasangan masing-masing.

1. Komunikasi antara suami-isteri amatlah penting.
Segala permasalahan yang berlaku dalam rumahtangga hendaklah di bawa berbincang. Sekiranya ada perasaan tidak puas hati antara satu sama lain, luahkan, jangan disimpan terlampau lama. Jika tidak diluahkan pasangan tidak tahu apa yang anda rasai.

2. Elakkan pertengkaran yang berpanjangan. 
Pertengkaran antara suami-isteri adalah perkara biasa, adalah mustahil sekiranya tidak terdapat perselisihan faham antara suami-isteri. Sekiranya bertengkar salah seorang mesti lah beralah sama ada suami atau isteri, keluar rumah ke ambil angin, bagi tenangkan kembali ataupun redakan perasaan marah tu. Bila kita berada dalam keadaan marah, apa yang dikata atau apa yang kita lakukan akan lebih dipengaruhi oleh emosi. Masa ni lah macam-macam perkataan yang “sedap” akan keluar yang mana akan menyinggung perasaan antara satu sama lain.

3. Tolong-menolong dalam melakukan kerja rumah. 
Zaman sekarang ni ramai yang isteri keluar bekerja. Yang mana isteri-isteri sama-sama bekerja, jadi para suami kena lah membantu isteri. Janganlah dibiarkan isteri melakukan semua kerja rumah. Letih oooo, cuba la bayangkan pagi2 isteri dah bangun siapkan sarapan, siapkan anak-anak ke sekolah, lepas tu pergi kerja. Balik dari kerja pulak kena masak, basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, uruskan anak-anak, hidang makan malam, basuh pinggan mangkuk, tengok buku sekolah anak-anak lagi, ajar anak mengaji lagi…bunyi macam kerja-kerja ringan tapi cuba la para suami melakukan semua kerja tersebut. Kalau yang mana ada pembantu rumah, mungkin ringan sikit la beban para isteri. Jadi kepada para suami tu tolong menolong la…jangan sibuk dengan hal sendiri jer, balik rumah..baca suratkhabar, hisap rokok, borak-borak dengan kawan-kawan, pergi main badminton. Fikir-fikir lah...bab cari duit sama-sama tapi bab nak urus rumahtangga serah bulat-bulat pada isteri, lepas tu komplen tak dapat layanan dari isteri, isteri selekeh la…macam-macam lah.

4. Rumah hendaklah sentiasa kemas dan bersih.
 Jangan lah dibiarkan pinggan mangkuk penuh disinki, sebelum keluar rumah pastikan semua sampah dah dibuang, pinggan mangkuk dah dicuci, bilik dah kemas dan ruang tamu pun dah kemas. Bukannya apa…bila balik dari kerja tu…sedap la sikit mata memandang. Ini kalau balik tengok rumah berselerak, automatik perasaan letih dan marah pun sampai. Lagi sekali suami isteri kena bekerjasama dalam memastikan rumah tu sentiasa kemas dan bersih. Sekali-sekala ubahlah posisi meja, sofa, almari dan lain-lainnya. Bila alat perabot diubah-ubahkan, so tak ada borino tengok posisi sama jer, so feeling pun boleh berubah.

5. Kurangkan bebelan. 
Biasanya bab membebel ni biasanya berlaku pada para isteri. Jadi kepada para isteri di luar sana kurangkan lah membebel. Pasangan anda akan merasa bosan jika setiap hari anda membebel, malah saya sendiri pun tidak suka mendengar orang membebel.

6. Jaga penampilan.
 Bab ni bukan isteri sahaja yang kena jaga penampilan tetapi para suami pun kena la jaga penampilan. Si isteri jangan lah asyik pakai kain batik atau baju kelawar je kat rumah, at least pakai la seluar panjang dengan tshirt di rumah, mesti kemas, jangan kat opis je nak makeup, kat rumah pun kena la makeup sikit, rambut pun kena kemas, jangan dibiar mengerbang macam hantu. Body pun kena jaga la sikit, kalau suami tak kisah tak apa la…tapi ada suami yang kisah so pandai-pandailah. Suami pun sama, jangan lah pakai kain pelikat je di rumah dan berbogel tayang perut (tak pakai baju la tu). Perut tu kena la jaga, jangan sampai masa isteri mengandung, suami pun sama mengandung. Masa nak keluar rumah pun sama, biar smart..bila sama-sama kemas dan cantik dan smart, baru la sedap mata memandang.

7. Jangan biarkan pembantu rumah buat semua kerja rumah. 
Ini lah silapnya sesetengah dari masyarakat kita, bila ada pembantu rumah, segala-galanya suruh pembantu rumah yang buat, sampai basuh kereta pun suruh pembantu rumah. Elakkan pembantu rumah dari melakukan perkara-perkara di bawah:-

Memasak. Bab ini seboleh-bolehnya biar isteri/suami yang buat, kita cuma boleh suruh dia sediakan bahan-bahan sahaja seperti potong sayur,siang ikan, ayam dan potong bawang. Air tangan memasak ini lain, jangan sampai suami/anak-anak teringat-ingat masakan pembantu rumah.

Bilik tidur. Bilik tidur kita ada tempat peribadi, jangan dibiarkan pembantu rumah sewenang-wenang keluar masuk dalam bilik tidur kita. Biar kita sendiri yang mengemas bilik tidur, takkan la tak mampu nak kemas bilik tidur sendiri.

Pakaian dalam biar kita sendiri yang uruskan.Dari bab membasuh sampailah melipat, seelok-eloknya disorok dari penglihatan orang, nanti orang boleh tau size buntut anda..huhuhuhu. Pakaian kecik-kecik ni sidai dalam bilik air kita sendiri pun tak apa.

Jangan biarkan pembantu rumah uruskan semua hal anak-anak. Seelok-eloknya bila balik rumah tu, perhatian untuk anak-anak tu kita lebihkan, terutama bab suap makanan (untuk anak-anak yang kecik la), orang tua-tua kata, bila kita suapkan anak makan, anak akan ingat dengan kita, beri lebih tumpuan kepada mereka, tidurkan mereka. Jangan biarkan pembantu rumah laku kan semua kerja tersebut, nanti anak-anak ingat dekat pembantu rumah lebih dari mak sendiri.

8. Ingat tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan dan hari ulangtahun pertemuan/hari pertama keluar dating. Suami isteri mestilah ingat tarikh-tarikh penting ini, set lah reminder di handphone ataupun catatkan dalam diari. Ucapan pun sudah cukup untuk menandakan yang kita ingat tarikh tersebut. Jangan senyap sunyi jer...lupa terus, mesti pasangan anda akan merasa amat sedih. Masa belum kahwin ingat semua, bila dah kahwin semua lupa.

9. Solat berjemaah. 
Setiap hari mesti paling kurang ada satu waktu solat pasangan bersolat jemaah bersama-sama. Solat Subuh, Maghrib dan Isya’ sebab kalau solat zuhur dan asar tu masa kita bekerja. Solat bersama-sama dengan pasangan amat berkesan untuk mengeratkan hubungan suami-isteri dan juga keluarga.

10. Makan bersama. 
Ada pasangan yang mana suami atau isteri terlampau sibuk dengan kerja sampai langsung tak ada masa nak makan bersama. Balik pun dah malam dan dah makan kat luar. Seboleh-bolehnya cuba la untuk makan bersama, tak kira la masa lunch ker atau masa makan malam ker. Makan malam bersama semua ahli keluarga elok di amalkan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

11. Puji-pujian. 
Kadang-kadang tu puji la pasangan masing-masing. Masakan sedap ker, hensem ker, lawa ker...tak rugi pun kita memuji orang ni. Cuma keluarkan sedikit ayat-ayat pujian tu...kesan tu yang penting. Kita manusia ni...memang la suka bila di puji..mustahil la kalau kita tak suka kan.

12. Kejutan. 
Kadang-kadang tu buat la kejutan untuk pasangan masing-masing. Kalau ada duit tu bawak lah pasangan pergi candle light dinner ker, pergi beli cincin ker, hadiah kan baju Chelsea ke (hehehe..utk pasangan yg minat chelsea ler), kasi bunga ke...dan macam2 la.

13. Bawak la pasangan berjalan-jalan / melancong. Jangan lah dibiarkan pasangan tu duduk memerap kat rumah jer. Bawak lah jalan-jalan pergi downtown ke hehehe, mandi laut ker, mandi air terjun ker...so tak ada la bosan sangat. Aktiviti ini tak semestinya memerlukan belanja yang besar. Kalau yang berduit tu boleh la bawak pergi melancong, yang bajet kurang tu..bawak pergi mandi laut pun dah ok ataupun hujung minggu bawak pergi berjogging / buat aktiviti2 luar rumah, berkelah kat taman ker. Anak-anak pun suka.

14. Jangan terlampau cemburu. 
Cemburu yang melampau boleh mengeruhkan hubungan. Kadang-kadang tu dengar jugak ada isteri telefon office suami tanya suami pergi mana semua. Suami pulak melarang isteri berkawan dengan kawan-kawan lelaki, bercakap pun sampai tak boleh. Isteri dan suami kena jaga maruah pasangan masing-masing. Trust each other amat penting dalam hubungan suami isteri, akan tetapi jangan la ambil kesempatan. Kadang-kadang suami atau isteri perlukan kawan, so tak salah untuk berkawan cuma kena tau batasan masing-masing. Sekiranya syak sesuatu, siasat dahulu sebelum mengambil tindakan melulu.

15. Terima kelebihan dan kelemahan pasangan masing-masing. 
Tiada manusia dalam dunia ini yang sempurna, pasti terdapat kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi belajar lah untuk menerima kelemahan pasangan masing-masing. Sekiranya kelemahan yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa, tingkat kan usaha tersebut untuk menutup kelemahan itu. Misalnya kalau tak pandai memasak, belajar lah memasak.

16.Tingkatkan hubungan mesra / kasih sayang. Pelbagai cara boleh digunakan untuk meningkatkan kasih sayang. Kita kena sentiasa cuba untuk menyegarkan perasaan kasih sayang, jangan perasaan tu makin lama makin menguncup, bila dah menguncup, masa tu la duk fikir nak cari yang lain. Cuba la cara-cara seperti di bawah ini, pada sesetengah orang mungkin benda ni remeh, tapi ianya amat berkesan untuk mengerat kan hubungan suami isteri.

17. Bergurau-senda. 
Bergurau senda ni tidak terhad di bilik tidur sahaja, jangan salah anggap yer. Macam buat memek muka ker, berlakon merajuk ke, buat aksi-aksi kelakar ker dan macam-macam la.

18. Belai-belai rambut. 
Sambil-sambil menonton tv tu, belai la rambut pasangan anda tu, tak pun kalau pasangan suka cari uban, so buat la…cari uban atau cabut rambut gatal.

19. Cuci muka pasangan. 
Bila tak ada buat apa tu, cuci la muka pasangan masing-masing, buang jerawat, bintik-bintik hitam/putih kat muka tu..kalau pasangan tak tahu kena ajar la...dan guna alat dan pencuci yang betul.

20. Memotong kuku pasangan masing-masing.
 Ini salah satu cara untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan anda. Tiap-tiap bulan, luangkan sedikit masa untuk memotong kuku pasangan dan anak-anak.

21. Mengurut badan dan menggaru. 
Sedap nya kalau badan kita diurut setelah seharian bekerja. Aktiviti ini boleh dilakukan bila kita hendak tidur atau di masa menonton televisyen. Jangan isteri jer urut atau garu suami. Suami pun kena buat benda yang sama terhadap isteri.

22. Mandi bersama. 
Sebulan sekali cuba la luangkan masa untuk mandi bersama. Kat belakang badan kita ni, tangan tu ada yang tak sampai nak cuci, so mintak la tolong pasangan kita untuk gosokkan badan.

23. Curi masa untuk buat aktiviti berdua-duaan. 
Bila dah ada anak tu, cuba la curi-curi masa untuk buat aktiviti bersama seperti menonton wayang ker atau jalan-jalan cuci mata. Kita boleh ambil cuti sehari ker.

Catatan Popular