Berhati-hati dengan panggilan +375 atau +371 atau +081



PERINGATAN PENTING : PDRM mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, yang berupaya menyalin maklumat dan mengenakan cas yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih. Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali).

Panggilan tersebut boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates) dan semua maklumat yang berada didalam telefon bimbit akan diambil sepantas 3 saat termasuk maklumat bank dan kad kredit sekiranya maklumat tersebut berada di dalam telefon bimbit.

Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah siber.

p/s - Kena hati-hatilah lepas ni terima panggilan. Kalau kena sakit dibuatnya membayar di samping segala rahsia telepon habis terbongkar.


Semporna - Jangan lindungi pengganas sulu

SEMPORNA: Penduduk Semporna diingatkan supaya jangan sekali-kali melindungi individu tidak dikenali dan pendatang tanpa izin walaupun mereka mungkin mempunyai pertalian keluarga.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Seri Nasir Sakaran, berkata sebaliknya penduduk perlu terus memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dalam usaha memburu saki-baki penceroboh militan di daerah itu.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Senallang berkata, penduduk wajib melaporkan segera kepada pihak berkuasa jika mengetahui kehadiran individu tidak dikenali di kawasan mereka.

"Dalam hal keselamatan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sesiapa pun demi menjamin keselamatan, kemakmuran dan keamanan rakyat serta negara ini," katanya ketika melakukan ziarah rakyat dan majlis bersama rakyat di Kampung Bubul Laut, Kampung Bulingisan dan Kampung Keramat di sini, hari ini.

Nasir berkata, selama ini kehidupan masyarakat Semporna aman, makmur dan selamat sehingga membolehkan kerajaan membangun serta melaksana pelbagai program di kawasan bandar dan luar bandar tanpa mengira suku kaum, anutan agama mahupun ideologi politik.

- BERNAMA

ps - Sepatutnya begitu. Buat apa lindungi pengganas yang membunuh anggota keselamatan kita. Daerah Semporna yang indah patut bekerjasama untuk membanteras pengganas sulu yang maha zalim ni. Konflik ni sudah agak berlarutan terlalu lama dan perlu penyelesaian segera. Harap dapat diselesaikan secepat mungkin.

Update Ops Daulat Lahad Datu


15 mac 2013-Hari ini Ops Daulat sudah memasuki hari Kesebelas. Kami boleh nampak sendiri air muka Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin cukup sedih tetapi tegas, ditambah dengan kemarahan yang tidak boleh diselindung lagi ketika dalam sidang media.

Apatah lagi melihatkan perkhabaran yang cukup menyedihkan apabila satu demi satu anak buahnya dan perwira untuk 28 juta rakyat Malaysia terkorban. Alhamdulillah kita mendapat perkhabaran….

Alhamdulillah kita mendapat perkhabaran yang “cukup meyakinkan” sejak Ops Daulat yang mula dilancarkan, apabila Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sudah meniup semboyan yang cukup-cukup tegas bagi melawan saki-baki pengganas Lahad Datu kali ini.

OPS Daulat : Berita terkini Dari Lahad Datu
Hari ini adalah hari kesebelah sejak Ops Daulat Lahad Datu Sabah dilancarkan :

Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan gempuran terakhir bagi menamatkan terus pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.
Gempuran Ops Daulat akan dilakukan dalam tempoh sekitar 48 jam lagi.
ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Febebuari lepas.
OPS Daulat : Antara Peralatan Senjata & Kekuatan Anggota Pertahanan Yang Bakal Ditambah!

Sebelum ini, ketika gempuran Ops Daulat pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawk telah digunakan.
Untuk Ops Daulat Kali ini beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat + Machine gun dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.

sumber selanjutnya : sini

HELIKOPTER UNTUK GEMPUR PENGGANAS SULU





Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109 tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16, dekat sini Khamis.

Helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.

Ia susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, semalam bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat perlu ditambah untuk terus menggempur penceroboh militan khususnya di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.

Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut atau di darat.

Selain helikopter itu, 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di sini secara berperingkat.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur di pihak Malaysia. Bernama

Video di bawah ni adalah berkaitan dengan helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109
video




Gaji Naik -Penjawat awam nikmati 2 kali kenaikan tahun ni



Berdasarkan pemerhatian kami, apa yang dinanti-nantikan kalangan penjawat awam disebalik pengumuman Datuk Seri Najib Razak baru-baru dengan penuh harapan,samada elaun COLA dan elaun perumahan naik atau kekal seperti yang sedia ada sekarang? Atau isu gaji maksimum dan nasib 50,000 pegawai kontrak diberikan perhatian atau tidak?

BUTIRAN SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF (SST) & BERITA GEMBIRA UNTUK 1.4 KAKITANGAN AWAM

1) Tambahan KGT tiga kenaikan gaji tahunan untuk semua struktur gaji maksimum:
  • Berkuatkuasa 1 Januari 2013, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan.
  • Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ini membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT.
2) 50,000 pegawai kontrak akan disambung setahun
  • Sementara kajian terus dilakukan sekitar 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi.
3) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320
  • Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) diawalkan pada 1 Julai 2013.
  • Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320.
  • Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;
4) Lain-lain
  • Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR melibatkan 166,541 orang
  • Urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dipendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun yang melibatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak
  • Kaedah meluaskan pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
  • Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
  • Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performance”;
Artikel penuh Sini

Penduduk Tanjung Batu Lahad Datu - 8 jam terkepung


13.3.2013-LAHAD DATU -
Bayangkan sekiranya kita ditawan oleh kumpulan bersenjata yang tidak diketahui asal usulnya... Begitulah yang berlaku kepada lebih 30 penduduk Tanjung Batu dekat sini pada 1 Mac lalu.

"Senjata api dipegang kejap. Kami takut. Bimbang. Jika senapang picu senapang dipetik sudah pasti nyawa kami melayang...

"Seorang penduduk kampung marah-marah. Tidak puas hati dengan kemunculan penceroboh yang mengacau kehidupan aman kami. Dia merengus.

"Sepantasnya penceroboh itu menghampirinya. Parang panjang di tangan diacu ke leher penduduk kampung itu. Kami yang melihat terasa gerun."

Detik-detik cemas itu dilalui hampir lapan jam oleh penduduk Tanjung Batu, apabila mereka diarahkan meninggalkan rumah dan berkumpul di satu kawasan lapang bagi memudahkan kawalan.

Itulah diceritakan Alimudin Abdullah, 60-an, selepas dia dan penduduk kampungnya ditawan sekumpulan lebih 30 penceroboh bersenjata yang mendakwa diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Mengimbas kembali, Alimudin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, kebanyakan penduduk kampung menuruti arahan penceroboh kerana dikhuatiri mereka bertindak ganas.

“Kebanyakan mereka memiliki senjata api. Ada juga bawa parang. Tetapi ketika itu suasana masih gelap. Subuh. Cahaya sekadar berbalam-balam. Saya tidak dapat mengenalpasti wajah mereka. Jumlah mereka agak ramai,” katanya ketika ditemui di
pusat pemindahan sementara Dewan Embara, Felda Sahabat 17.

Warga emas separuh abad itu juga menceritakan bagaimana sebahagian penduduk kampung sanggup mengambil risiko melarikan diri.

“Mereka suruh kami memasak bersama mereka pada hari berkenaan. Kami bagi alasan untuk pulang ke rumah mengambil bahan mentah. Mereka izinkan.

"Nasib kami baik sebab mereka tidak mengekori. Jadi peluang itu kami gunakan untuk larikan diri,” katanya.

Alimudin antara yang sempat menyelamatkan diri sebelum menerima bantuan pihak berkuasa.

"Lapan jam ditawan terasa nyawa berada di hujung senjata," kata Alimudin. Sinar Harian.

p/s - Pejuang negara jangan biar pengganas ni masuk kampung. Bahaya nanti. Harapan agar semua pengganas sulu tewas dan keamanan dapat di kembalikan. Amin.

Update - Hoki Malaysia vs Australia




IPOH 12 Mac - Penyerang lincah, Faizal Saari muncul wira negara apabila jaringannya membolehkan Malaysia mencatat keputusan seri 1 - 1 menentang Australia dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-22 di Stadium Azlan Shah, Ipoh.


Sebelum itu Australia berjaya membolosi pintu gol Malaysia melalui tolakan deras Trent Mitton pada minit ke-34. Utusan

Update Ops Daulat -Seorang Perwira Negara terkorban



LAHAD DATU: Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga pengganas sulu ditembak mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.

Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media pada petang Selasa.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada pukul 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Hingga kini jumlah anggota keselamatan yang terkorban dalam Op Daulat ialah sembilan orang.

Sebelum ini seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.

Kakitangan awam naik gaji lagi





11 mac 2013-PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini bersetuju memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

"Langkah itu akan membabitkan perbelanjaan RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini.


Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta barisan menteri Kabinet.

Najib berkata, semua inisiatif yang diumumkan adalah sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI). mymetro

Komander Sulu tumpas?



LAHAD DATU - Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.

"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.

Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.

Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.

Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat," katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi. - Bernama

Penjawat awam naik gaji




11 mac 2013-PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini bersetuju memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

"Langkah itu akan membabitkan perbelanjaan RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini.


Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta barisan menteri Kabinet.

Najib berkata, semua inisiatif yang diumumkan adalah sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI). mymetro


Lahad datu - Tindak balas dan kesannya


Gambar kekejaman Penceroboh sulu













Kesannya: lihat bawah







SEMPORNA 10 Mac - Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simunul akan merobohkan sembilan buah rumah termasuk tiga daripadanya yang menjadi lokasi pengganas Sulu menyerang hendap sehingga meragut nyawa enam anggota keselamatan, minggu lalu.


Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata, tindakan merobohkan rumah itu hanya akan dilakukan pihaknya sebaik sahaja mendapat laporan daripada polis bahawa pemilik rumah tersebut bersekongkol dengan pengganas Sulu.

"Saya, JKKK dan penduduk kampung telah membuat perbincangan serta bersepakat akan merobohkan tiga rumah yang menjadi lokasi pengganas bersembunyi.

"Enam buah lagi merupakan rumah yang berhampiran kawasan kejadian tidak diketahui penghuninya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, sehingga ke hari ini penghuni di sembilan buah rumah itu masih tidak dapat dihubungi dan tidak pulang rumah masing-masing. - UTUSAN










RUMAH PENGGANAS SULU AKAN DIROBOH





SEMPORNA 10 Mac - Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simunul akan merobohkan sembilan buah rumah termasuk tiga daripadanya yang menjadi lokasi pengganas Sulu menyerang hendap sehingga meragut nyawa enam anggota keselamatan, minggu lalu.


Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata, tindakan merobohkan rumah itu hanya akan dilakukan pihaknya sebaik sahaja mendapat laporan daripada polis bahawa pemilik rumah tersebut bersekongkol dengan pengganas Sulu.

"Saya, JKKK dan penduduk kampung telah membuat perbincangan serta bersepakat akan merobohkan tiga rumah yang menjadi lokasi pengganas bersembunyi.

"Enam buah lagi merupakan rumah yang berhampiran kawasan kejadian tidak diketahui penghuninya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, sehingga ke hari ini penghuni di sembilan buah rumah itu masih tidak dapat dihubungi dan tidak pulang rumah masing-masing. - UTUSAN

Lagi gambar keganasan pengganas sulu:























Lahad Datu - Sadis dan Kejam

Sadis dan kejam. Itulah yang dapat saya simpulkan berkaitan Pengganas sulu ini. Sampai hati mereka membuat mayat seperti ini. Di manakah perikemanusiaan yang wujud dalam diri setiap insan? Jadi tepatlah tindakan Malaysia dengan menolak genjatan senjata. Hapuskan semua pengganas ni.

Artikel berkaitan:

LAHAD DATU : Ditawan kemudian di penggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam."Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala./~sabahkini.net

sumber lain

Catatan Popular