Konflik Lahad Datu hanya kerana 'bayaran' tidak cukup?



MANILA 8 Mac - Pemangku Gabenor wilayah autonomi Mindanao, Mujiv Hataman, hari ini mendedahkan bahawa pengikut Jamalul Kiram pada mulanya hanya mahu berjumpa pihak berkuasa Malaysia bagi membincangkan tentang jumlah bayaran penyerahan Sabah 'yang tidak munasabah' oleh Kuala Lumpur kepada keluarga itu.

''Kami berjumpa dengan jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idijarani dan anaknya, Jacel Kiram, baru-baru ini.

''Dan bila tiba masa anaknya bercakap, beliau mendakwa mereka tidak mempunyai rancangan untuk menuntut Sabah.

''Kata Jacel, adalah lebih baik sekiranya kerajaan Malaysia berjumpa dengan mereka bagi membincangkan Sabah dan hak-hak yang bersesuaian.

''Katanya, adalah tidak munasabah mereka hanya menerima bayaran 70,000 peso (RM5,300) untuk Sabah, sedangkan jumlah itu tidak mencukupi untuk menyewa sebuah apartmen,'' kata Hataman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular