Gambar terkini Lahad datu





9 mac 2013 - Operasi Dulat masih lagi diteruskan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Pada jam 8 pagi tadi, semasa operasi dijalankan, seorang penceroboh telah cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanjung Batu dan berlaku kejadian tembak menembak. Pasukan keselamatan telah berjaya menumpaskan peceroboh tersebut.



Tembakan mortar dilepaskan dilepaskan ke arah musuh.

Di samping itu, usaha juga telah dijalankan di luar kawasan operasi dengan maklumat-maklumat yang diperoleh hasil daripada tangkapan penceroboh sebelum ini. Pihak polis juga meneruskan usaha-usaha mengesan suspek-suspek yang masih bebas. Sehingga kini seramai 79 suspek telah ditangkap dan mereka berada dalam tahanan pihak polis untuk siasatan.

ANGGOTA tentera berkubu selepas menguasai Tanduo dan Tanjung Batu.



Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyatakan beliau menafikan pihak pengganas ada menawan anggota keselamatan dan orang awam. Beliau juga tidak pasti dari mana maklumat itu diperolehi, walaubagaimanpun keadaan sudah semakin baik penduduk sudah mula dapat membuat aktiviti harian.



sumber : Sini

p/s Diharap masalah ini akan cepat selesai supaya pihak asing tidak cuba mula masuk campur.Ayuh, perkemaskan lagi serangan agar semua pengganas sulu tumpas. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular