E-Filling..Tarikh akhir adalah pada 15 mei 2013


KUALA LUMPUR, 27 April – Tarikh akhir untuk mengembalikan borang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.

Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Masrun Maslim berkata ini bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan sistem elektronik itu yang lebih mudah dan cepat.

“Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada Selasa ini dan kita galakkan mereka menghantar melalui pos di mana borang-borang itu akan diterima LHDN selewat-lewatnya 3 Mei,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Ketika ditanya mengenai aduan orang ramai mengenai kesukaran menghantar borang penyata cukai secara manual, Masrun berkata setakat ini LHDN tidak menerima aduan sedemikian dan mengakui ia kes terpencil.

“Semakan kami di beberapa cawangan seperti di Cheras, Wangsa Maju dan Kota Baharu (Kelantan) masih menerima borang-borang itu. Ada kotak khas disediakan bagi mereka yang ingin menghantarnya,” katanya.

Beliau berkata LHDN sentiasa menggalakkan pembayar cukai mengisi borang melalui e-Filing kerana ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah memastikan keselamatan data sampai terus ke LHDN serta dapat memelihara alam sekitar dengan kurangnya penggunaan kertas.

Sehingga kini, Masrun berkata sebanyak 1.5 juta pelbagai borang penyata cukai pendapatan telah diterima melalui e-Filing berbanding 1.4 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Sambutan terhadap e-Filing amat menggalakkan dengan ia merangkumi 70 peratus daripada jumlah borang penyata cukai pendapatan yang diterima pada tahun lepas, katanya.

Selain itu, cukai terlebih bayar juga boleh diproses dengan cepat bagi mereka yang menghantar borang taksiran melalui e-Filing.

“Justeru, kami menasihatkan kepada semua pembayar cukai yang melaksanakan tanggungjawab dengan menghantar borang pada saat akhir supaya beralih kepada kaedah e-Filing.

“Kami pasti masalah penghantaran borang lewat dari tarikh ditetapkan akan selesai kerana e-Filing ternyata mudah, tepat dan selamat,” katanya.

Menurut laman web LHDN, tarikh akhir permohonan baru pin untuk e-Filing melalui e-mel bagi penghantaran Borang BE ialah 30 April 2013.

ANALISIS PRU 2013 SABAH - PEMERHATI BEBAS

KOMPONEN BN Sabah yang terdiri tiga parti tempatan dan tiga parti kebangsaan yang terdiri daripada Umno, PBS, Upko, PBRS, LDP, MCA, Gerakan dan MIC. Daripada enam parti komponen parti itu, hanya Gerakan dan MIC tidak pernah bertanding di sebarang pilihanraya Sabah.

Sebagai Fakta, daripada tiga kompenan parti itu, empat parti iatu Upko, PBRS, Gerakan dan MIC, di mana presidennya pernah kalah dalam pilihanraya.

Presiden Upko dulu PDS Tan Sri Bernard Dampok pernah kalah pada tahun 1999 di kerusi Dun Moyog, demikian juga Tan Sri Joseph Kurup kalah di Parlimen Keningau. Sementara Presiden Gerakan dan MIC kalah pada PRU-2008.

Di antara komponen parti itu, MIC mendahului menerima tamparan tsunami politik tahun 2008, diikuiti MCA, sementara lain masih mengekalkan sokongan rakyat terhadapnya. Malah UPKO dan LDP mencapai kemenangan 100 peratus pada tahun 2008, bersamaan dengan Umno Sabah, walaupun Umno Semenanjung hampir menerima serangan tsunami politik.

Bagi berdepan PRU-13, pembahagaian kerusi antara komponen Bn mempertahankan status quo tahun 2008, kecuali untuk kerusi yang dikuasai SAPP, Parlimen Tawau, Parlimen Sepanggar, Dun Tanjong Papat Dun Elupora, Dun Luyang dan Dun Likas.

Pada Rabu, Presiden LDP Datuk VKLiew dipetik sebagai berkata, DUN Karamunting yang pada asalnya kerusi LDP, namun kerana DUNnya berpindah kapal ke parti Gerakan, akan tetap ditandingi parti itu, selain mendapat tambahan kerusi di Pantai barat, samada Dun Luyang atau Likas.

Pada PRU-12, hanya calon-calon daripada PBS menjadi liabilti apabila dua calonnya kalah, satu di peringkat Parlimen dan satu di peringkat Dun.Berdasarkan keadaan semasa, nampaknya beberapa komponen parti Bn Sabah akan kehilangan kerusi samada di peringkat Parlimen mahupun Dun, termasuk parti Umno.

Kerusi Umno yang dikatakan dalam keadaan bahaya adalah Dun Klias dan Parlimen Beaufort. Sementara bagi Upko adalah Parlimen Penampang,Dun Moyog dan Dun Kuala Penyu. MCA pula hanya Dun Kepayan, sementara PBS dijangka kehilangan DUN Api-Api, Dun Tanjong Aru, dan Dun Inanam, namun akan menang semula di Dun Sri Tanjung Tawau.

Sementara Gerakan yang pertama kali bertanding akan menang di Dun Tanjong Papat dan Dun Elopura, manakala LDP walaupun akan menghadapi saingan hebat, akan mampu mempertahankan Parlimen Sandakan, Merotai, Karamunting dan dalam keadaan 50:50 bagi Dun Tanjong Kapur, Kudat, dan mungkin gagal menang pada kerusi baru yang diperuntukan kepada parti itu.

Pada PRU-13 kali ini, Bn Sabah akan menyapu bersih kawasan Pantai Timur Sabah, termasuk pedalaman, kecuali Dun Tanjong Kapur, Kudat. Bn Sabah akan hanya kehilangan beberpa kerusi-kerusi di pantai Barat Sabah, terutama kawasan Bandar.

Kawasan yang sukar dimenangi BN adalah Parlimen Kota Kinabalu, Dun Luyang, Dun Api-Api, Dun Kepayan, Dun Tanjong Aru dan Dun Inanam, namun masih ada peluang bagi Parlimen Penampang, Parlimen Beaufort, Dun Klias, Dun Kuala Penyu, Dun Moyog dan Dun Likas.

Apapun, selepas PRU-13 nanti, BN Sabah akan membentuk kerajaan Negeri dengan kuasa 2/3 walaupun akan kehilangan beberapa kerusi. Di Peringkat Parlimen pula, Bn Sabah akan kehilangan 2-3 kerusi, dan maksima empat daripada 25 kerusi dipertandingkan.

Analisis ini, berdasarkan kepada trend pengundi kaum cina, dimana menurut beberapa penganalis politik, 80 peratus kaum itu condong kepada pembangkang.

p/s : Apa-apa pun boleh terjadi di saat-saat akhir. Usaha yang konsisten dan kuat dalam meraih undi rasanya akan membuahkan hasil kerana sekarang rakyat sudah semakin cerdik. Selamat mengundi semua.

DILIBAS DENGAN PARANG KERANA TIDAK DIBENARKAN MEMASANG BENDERA PARTI?

21 April 2013
KOTA BHARU - Akibat enggan membenarnya kedai makannya di pasang bendera parti politik, seorang peniaga menerima 18 jahitan akibat pahanya dilibas dengan parang oleh seorang lelaki di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Jumaat lepas.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bagi Pilihan Raya Umum ke-13, Supt Che Mahazan Che Aik berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi ketika mangsa berada di kedai makannya di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor.

"Salah seorang daripada tiga suspek telah bertindak melibas parang yang terkena paha kiri mangsa. Motif dipercayai kerana mangsa enggan membenarkan premisnya dipasang bendera parti kerana dikatakan akan menjejaskan perniagaannya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Che Mahazan berkata suspek tersebut yang berusia 28 tahun telah ditahabn sementara dua lagi yang telah dikenal pasti sedang diburu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan Seksyen 596 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Sementara itu tiga laporan diterima di Pasir Puteh pada hari penamaan calon semalam.

Che Mahazan berkata salah satu kes melibatkan dua pelajar institusi pengajian tinggi swasta yang berusia 23 dan 25 tahun yang menyamar sebagai pemantau pilihan raya dan memasuki kawasan penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.

"Kedua-dua suspek memakai baju dan tag bertulisan pemantau pilihan raya yang tidak disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Bagaimanapun kedua-dua suspek telah dilepaskan dengan jaminan polis.

Dalam satu lagi kes, seorang lelaki berusia 37 tahun dilaporkan menggunakan kapal terbang kawalan jauh untuk mengibarkan sehelai bendera parti yang kapal terbang itu masuki kawasan pusat penamaan calon.

Beliau berkata pihaknya merampas alat kawalan serta kapal terbang itu dan juga bendera berkenaan.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Che Mahazan berkata turut dilapor berlaku perbalahan di Selising apabila seorang suspek menyerang mangsanya dengan besi paip dan mengeluarkan kata-kata ugutan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan melakukan khianat. - Bernama

SENARAI PENUH CALON BERTANDING PRU 2013 SABAH

KERUSI PARLIMEN

P. 167 KUDAT (4 penjuru)

SAPP - Mojurip Bin Diyun
PKR - Rahimah Binti Majid
BN - Datuk Abd Rahim Bin Bakri
STAR - Jutirim Bin Galibai Galabi


P. 168 KOTA MARUDU (4 penjuru)

STAR - Majamis Bin Timbong
BN - Johnity @ Maximus Bin Ongkili
SAPP - Yuntau Bin Kolod @ Kuntau Bin Kolod
PKR - Maijol Bin Mahap

P. 169 KOTA BELUD (5 penjuru)

STAR - Jalumin Bin Bayogoh
BEBAS - Lamsil Bin Amidsor
BN - Dato' Abdul Rahman Bin Dahlan
BEBAS - Kanul Bin Gindol
PKR - Isnaraissah Munirah BT. Majilis @ Fakharudy

P. 170 TUARAN (4 penjuru)

BEBAS - Erveana Ansari Ali
BN - Madius Bin Tangau
PKR - Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred
STAR - Samin @ Jasmin Bin Dulin

P. 171 SEPANGGAR (4 penjuru)

SAPP - Chin Hon Kiong
STAR - Daniel John Jambun
DAP - Jeffrey Kumin @ John
BN - Datuk Jumat Bin Idris

P.172 KOTA KINABALU (3 penjuru)

BN – Chin Teck Ming
STAR – Michael Liew
DAP – Wong Sze Phin

P. 173 PUTATAN (4 penjuru)

DAP - Lee Han Kyun @ Joseph Lee
BN - Makin @ Markus Mojigoh
STAR - Awang Ahmad Shah
SAPP - Duli @ Dullie Bin Mari @ Marie

P.174 PENAMPANG (3 penjuru)

BN – Bernard Giluk Dompok
STAR – Melanie Annol
PKR – Darell Leiking


P. 175 PAPAR (3 penjuru)

STAR - Balon Bin Mujim
PKR - Mohammad Yahya @ Yahya Bin Lampong
BN - Datuk Rosnah Binti Hj Abd Rashid Shirlin

P. 176 KIMANIS (4 penjuru)

STAR - Lusin Bin Balangon
SAPP - Jamil Bin William Core
BN - Datuk Anifah Bin Aman
PKR - Jaafar Bin Ismail

P.177 BEAUFORT (3 penjuru)

BN – Datuk Azizah Mohd Dun
STAR – Guan Dee bin Koh Hoi
PKE – Datuk Lajim Ukin

P. 178 SIPITANG (3 penjuru)

BN - Datuk Sapawi Bin Amat Wasali
SAPP - Kamis Bin Daming
PKR - Ramle Bin Dua

P. 179 RANAU (4 penjuru)

PKR - Jonathan Bin Yasin
BEBAS - Yazid Bin Sahjinan
BN - Ewon Ebin
STAR - Julianah Binti Situn

P.180 KENINGAU (3 penjuru)

BN – Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
STAR – Gapari bin Katingan @ Geoffrey Kitingan
PKR – Stephen Sandor

P. 181 - TENOM (5 penjuru)

SAPP - Jaineh Bin Juaya @ Jimmy Jawatah
STAR - Hasmin @ Azroy Bin Abdullah
BN - Datuk Raime Bin Unggi
PKR - Masdin Bin Tumas
KITA - Mutang @ Sylvester Bin Dawat

P.182 PENSIANGAN (4 penjuru)

BN – Tan Sri Joseph Kurup
STAR – Martin Tomy @ Tommy
PKR – Richard Sakian bin Gunting
Bebas – Fatimah binti Agitor @ Mohd Daud

P. 183 BELURAN (4 penjuru)

BN - Ronald Kiandee
STAR - Raimon Bin Lanjat
PKR - James Bin Miki
BEBAS - Datu Kamaruddin Bin Datu Mustapha

P. 184 LIBARAN (4 penjuru)

BN - Datuk Juslie Bin Ajirol
BEBAS - Sahar Bin Saka
PKR - Mohd Serman Bin Hassnar
STAR - Rosnah Binti Unsari

P. 185 BATU SAPI (3 penjuru)

BN - Tsen Thau Lin
STAR - Saiful Bahari Rashada Bin Ahmad
PAS - Hamza Bin A. Abdullah @ Hamzah

P.186 SANDAKAN

BN – Liew Vui Keong
DAP – Wong Tien Fatt

P.189 SEMPORNA (3 penjuru)

BN – Datuk Seri Mohd Safie Apdal
PKR – Zamree @ Mohd Suffian Abdul Habi
Bebas – Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha

P.190 TAWAU (4 penjuru)

BN – Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
SAPP – Datuk Dr Chua Soon Bui
PKR – Kong Hong Ming @ Kong Fo Min
Bebas – Ahmad bin Awang @ Madon

P.191 KALABAKAN (7 penjuru)

Bn – Datuk Abdul Ghapur Salleh
STAR – Malvine Reyes
PAS – Usman Madeaming
Bebas – Mohd bin Manuke
Bebas – Freedie Japat anak Simol
Bebas – Yahya Zainal
Bebas – Siamsir Borhan


KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI

N01 BANGGI (5 penjuru)

BN – Abd Mijul Unaini
STAR – Datu Mohd Arifin Datu Abdul Salam
SAPP – Jae-Ly Medong
PKR – Datu Abdul Razak Datu Abdul Salam
Bebas – Mursalim Tanjul

N02 TANJONG KAPOR (6 penjuru)

BN – Datuk Teo Chee Kang
STAR – Hendiri @ Hendry bin Minar
BERSAMA – Zainal bin Nasiruddin
SAPP – Tsen Heng Chong @ Peter Tsen
PKR – Chin Chong Kui @ William Chin
Bebas – Alexandra @ Alexander Anthony

N03 PITAS (5 penjuru)

BN – Datuk Bolkiah bin Ismail
STAR – Maklin bin Masiau
PAS – Dausieh binti Queck @ Paraman
SAPP – Johnes @ Onis bin Piut
KITA – Awang Latip bin Abdul Salam

N04 MATUNGGONG (5 penjuru)

BN – Sarapin Magana
STAR – Marunsai Dawai
SAPP – Richard Jiun
PKR – Jelin Dasanap @ Jelani Hamdan
Bebas – Jolius Majawai

N05 TANDEK (4 penjuru)

BN – Lasiah Baranting @ Anita
STAR – Jebon Janaun
SAPP – Yapolai Kundapit @ Henry
PKR – Anthony Pilit @ Anthony Biri Mandiau

N06 TEMPASUK (4 penjuru)

BN – Datuk Musbah Jambli
STAR – Suwah Buleh @ Bulleh
SAPP – Abdul Malik Mohed
PAS – Laiman Ikin

N07 KADAMAIAN (4 penjuru)

BN – Timbon @ Herbert Langadan
STAR – Rubbin Guribah
SAPP – Peter Marajin @ Peter Marazing
PKR – Ukoh @ Jeremy bin Malajad @ Malazad

N08 USUKAN (3 penjuru)

BN – Datuk MD Salleh MD Said
STAR – Bakhruddin bin Ismail
PKR – Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

N09 TAMPARULI (5 penjuru)

BN – JAHID @ Noordin Jahim
STAR – Linggu @ Edward Bukut
SAPP – Stephan Gaimin
PKR – Mojilip Bumburing @ Wilfred
Bebas – James Ongkili Jr

N10 SULAMAN (3 penjuru)

BN – Datuk Hajiji bin Haji Noor
STAR – David bin Orok
PKR – Gulabdin @ Ghulabdin bin Enjih
Bebas – Ariffin bin Harith
Bebas – Ali Akbar bin Kawi

N11 KIULU (3 penjuru)

BN – Joniston Lumai @ Bangkuai
SAPP – Tindil Gonsobil
PKR – Rhodes Panilau

N12 KARAMBUNAI (5 penjuru)

BN – Datuk Jainab Ahmad
SAPP – Aziz Ibrahim
PKR – Muali Aching
Bebas – Ag Maidin Ag Apong
Bebas – Rano Susulan

N13 INANAM (3 penjuru)

BN – Joseph bin Paulus Lantip
SAPP – Enchin bin Majimbun @Eric
PKR – Roland Chia Ming Shen

N14 LIKAS (4 penjuru)

BN – Chin Shu Ying
STAR – Ho Cheong Tshun
SAPP – Yong Teck Lee
DAP – Wong Hong Jun

N15 API-API (5 penjuru)

BN – Yee Moh Chai
STAR – Felix Chong Kat Fah
SAPP – Wong Yit Ming
PKR – Liew Chin Jin
Bebas – Marcel Jude a/l MS Joseph

N16 LUYANG (4 penjuru)

BN – Shim Tshin Nyuk @ Agnes Shim
STAR – Jafery bin Jomion
SAPP – Chia Chui Ket
DAP – Hiew King Cheu

N17 TANJONG ARU (4 penjuru)

BN – Yong Oui Fah
STAR – Salleh Tiasi @ Tiaseh
SAPP – Yong We Kong
PAS – Hamid Ismail

N18 PETAGAS (3 penjuru)

BN – Datuk Yahyah @ Yahya bin Hussein @ Ag Husin
STAR – Awang Ahmad Sah
PKR – Mat Yunin @ Mohd Yunin bin Atin

N19 KAPAYAN (4 penjuru)

BN – Edward Khoo Keok Hai
STAR – Phillip Among @ Daniel Dell Fideus
DAP –Edwin @ Jack Bosi
SAPP – Chong Pit Fah

N20 MOYOG (4 penjuru)

BN – Datuk Philip Benedict Lasimbang
STAR – Bernard Lawrence Solibun
PKR – Terrence Alon Siambun
SAPP – Danim @ Aloysius bin Siap

N21 KAWANG (4 penjuru)

BN – Datuk Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar
STAR – Akop Damsah @ Yakup Damsah
SAPP – Edward Dagul
PKR – Kefli @ Dzulkefli Safar

N22 PANTAI MANIS (4 penjuru)

BN – Datuk Abdul Rahim Ismail
STAR – Baharudin @ Baharuddin Nayan
SAPP – Norizal Mohd Noor
PKR – Fred Gabriel

N23 BONGAWAN (4 penjuru)

BN – Mohamad Alamin
STAR – Assim @ Hassim Matali
SAPP – Awang Talip Awang Bagul
PKR – Tan Sri Ibrahim Menudin

N24 MEMBAKUT (4 penjuru)

BN – Datuk Mohd Arifin bin Mohd Arif
STAR – Jaapar bin Ag Gador
SAPP – Banjimin Ondoi
PKR – Narawi @ Sinar bin Ahmad

N25 KLIAS (4 penjuru)

BN – Isnin binAliasnih @ Liasnih
STAR – Aliapa bin Osman
SAPP – Mohd Sanusi bin Taripin
PKR – Datuk Lajim Ukin

N26 KUALA PENYU (5 penjuru)

BN – Limus Jury
STAR – Ining Sinten @ Alexander Sintin
PKR – Johan @ Christopher O.T. Ghani
Bebas – Jusbian Kenneth
Bebas – MD Tajuddin MD Walli

N27 LUMADAN (6 penjuru)

BN – Datuk Kamarlin Ombi
STAR – Mohd Jaafar Ibrahim
SAPP – Jamain Sarudin
PKR – Abdul Rahman MD Yakub
Bebas – Rapahi Edris
Bebas – Saudi Suhaili

N28 SINDUMIN (4 penjuru)

BN – Ahmad Bujang
STAR – Semion @ Fred Semion Sakai
SAPP – Made @ Hamdi Sidik
PKR – Harunsah Ibrahim

N29 KUNDASANG (6 penjuru)

BN – Joachim Gunsalam
STAR – Jain Sauting
SAPP – Japiril bin Suhaimin
PKR – Satiol bin Indong
Bebas – Cleftus Stephen Spine
Bebas – Sam bin Hondou

N30 KARANAAN (4 penjuru)

BN – Datuk Masidi bin Manjun @ Masdi
STAR – Jalibin bin Paidi
PKR – Muhiddin @ Mohd Anas bin Yusin
Bebas – Mat Jaili bin Samat

N31 PAGINATAN (4 penjuru)

BN – Datuk Siringan Bin Gubat @ Aliance
STAR – Pedderin @ Feddrin Tuliang @ Tuling
PKR – Amru Abd Kadir
Bebas – Yazid Sahjinan

N32 TAMBUNAN (5 penjuru)

BN – Joseph Pairin Kitingan
STAR – Nestor Joannes
PKR – Wilfren Win Ponil
Bebas – Koh Kui Tze @ Francis Koh Kui Tze
Bebas – Justin Yonsoding

N33 BINGKOR (4 penjuru)

BN – Kennedy Jie John @ Kenn
STAR – Gapari Katingan @ Geoffery Kitingan
PKR – Ahmad Shah Hussein Tambakau
Bebas – Ricky @ Roland Sedomon

N34 LIAWAN (5 penjuru)

BN – Datuk Sapin @ Sairin Karano @ Karno
STAR – Nicholas James Guntobon
SAPP – Payket Yadiloh @ Jahari Tahir
PKR – Paul Bunsu Gitang @ Paul Gitang
Bebas – Nusleh Madarak

N35 MELALAP (3 penjuru)

BN – Radin Malleh
SAPP – Roger Stimin
DAP – Noorita Sual

N36 KEMABONG (4 penjuru)

BN – Datuk Rubin Balang
STAR – Tay Jin Kiong @ Alfred
SAPP – William Ensor Tingkalor
PKR – Biou Suyan

N37 SOOK (4 penjuru)

BN – Ellron Angin
STAR – Kustin Ladi
PKR – Liberty @ Alibi Lopog
Bebas – Rusayidi Abdullah

N38 NABAWAN (5 penjuru)

BN – Bobbey Ah Fang Suan
STAR – George Eram @ George Iram
BERSAMA – Sidum Manjin
PKR – Raymond Ahuar
Bebas – Fatimah Agitor @ Mohd Daud

N39 SUGUT (5 penjuru)

BN – Datuk James Ratib
STAR – Masiawan Kunching
PKR – Pagrios @ Petrus Zabang
Bebas – Datu Kamaruddin Datu Mustapha
Bebas – Abdul Rahman Atang

N40 LABUK (3 penjuru)

BN – Metah @ Michael Asang
STAR – Pinus Gondili
PKR – Tang Yung Hi @ Tan Yong Gee

N41 GUM-GUM (3 penjuru)

BN – Datuk Zakaria Edris
STAR – Hassan Hami @ Hamid
PKR – Ahmad Thamrin @ Tamrin Mohd Jaini

N42 SUNGAI SIBUGA (5 penjuru)

BN – Datuk Seri Musa Aman
STAR – Mohd Roslan Yussof
SAPP – A.M. Jafar @ Damaid Juana
PKR – Irwanshah Mustapha Ahmad
Bebas – Mohd Arshad Abdul

N43 SEKONG (5 penjuru)

BN – Datuk Samsudin Yahya
STAR – Ahmad Ibrahin
SAPP – Awang @ Abdul Nasip Othman
PKR – Musah Ghani
Bebas – Datuk Ilahan Datu Amilbangsa

N44 KARAMUNTING (3 penjuru)

BN – Charles O Pang Su Pin
SAPP – Yong Vui Min
DAP – Chong Ket Kiun

N45 ELOPURA (3 penjuru)

BN – Au Kam Wah
SAPP – Liau Fook Kong
DAP – Hiew Vun Zin

N46 TANJONG PAPAT (3 penjuru)

BN – Raymond Tan Shu Kiah
SAPP – Ken Yong Chie Man
DAP – Frankie Poon

N47 KUAMUT (3 penjuru)

BN – Masiung Banah
STAR – Edward Podok
PKR – Mustapa Datuk Tambuyong

N48 SUKAU (4 penjuru)

BN – Datuk Saddi Abdu Rahman
STAR – Juhori Paritai
SAPP – Aprin Musin
PAS – Ahdah Sulaiman

N49 TUNGKU (5 penjuru)

BN – Datuk Mohd Suhaili bin Said
STAR – Johan bin Nul
SAPP – Datul Shuaib bin Dato Mutalib
PKR – Johani bin Abd Halim
Bebas – Tsen Yun Fah @ Mohd Azlan Tsen Abdullah

N50 LAHAD DATU (4 penjuru)

BN – Dato Mohammad Yusof bin Apdal
STAR – Ariffin bin Hamid
SAPP – Aliandu bin Enjil
PKR – Hamid Awong @ Abdul Hamid Awong

N51 KUNAK (6 penjuru)

BN – Datuk Nilwan bin Kabang
STAR – Valentine @ Rengers Sebastian
PAS – Kasman bin Karate
Bebas – Hussein bin Ibnu Hassan
Bebas – Abdul Sattal bin Shariee
Bebas – Sharif Shamsuddin bin Sharif Sagaf

N52 SULABAYAN (7 penjuru)

BN – Datuk Jaujan
BERSAMA – Hasaman Sagaran
PKR – Hermeny Murgal
Bebas – Julkalani Abd Rahman
Bebas – Hussein Mumakil
Bebas – Mamat Barhana
Bebas – Ghazalie Pg Hindi @ Abdul Ghani

N53 SENALLANG (5 penjuru)

BN – Datuk Nasir Tun Sakaran
PKR – Mohd Amin Abdul Mem
Bebas – Datuk Badaruddin Tun Mustapha
Bebas – Abdul Manang Hatib Lawari @ Osman
Bebas – Abdul Karim Talip

N54 BUGAYA (6 penjuru)

BN – Datuk Ramlee Marahaban
PAS – Hasai Tudai
Bebas – Abdul Hussin Kiamsin
Bebas – Atal Muhammad KK Abd Menang
Bebas – Alimin Budin
Bebas – Abdullah Sani Abdul Salleh

N55 BALUNG (4 penjuru)

BN – Datuk Syed Abas Syed Ali
SAPP – Abdul Hamid Mohamad Noor
PKR – Frank Salazar @ Franco
Bebas – Abdillah Timbasal

N56 APAS (4 penjuru)

BN – Datuk Tawfiq bin Abu Bakar Titingan
STAR – Chok Yit Min
SAPP – Tahir bin Dahu
PKR – Alizaman bin Jijurahman

N57 SRI TANJONG (3 penjuru)

BN – Fung Len Fui
STAR – Olivia Chong Oi Yun
SAPP – Yong Ah Poh

N58 MEROTAI (6 penjuru)

BN – Datuk Pang Yuk Ming
SAPP – Ho Shau Vui
PAS – Ahmad Dullah
Bebas – Mohd bin Manuke
Bebas – Rita Rudiansah Abu Bakar
Bebas – Datuk Chin Chee Syn


N59 TANJONG BATU

BN – Datuk Hamisa Samat
PAS – Fatmawaty Mohd Yusuf

N60 SEBATIK (4 penjuru)
BN – Abd Muis Picho
STAR – Mohammad Jeffry Rosman
PAS – Daud Jalaluddin
Bebas – Mohamad Yusup Lewah

p/s - Pilihan di tangan Rakyat Sabah, ayuh pilih yang terbaik.

Catatan Popular