FI SEPANG 2013 - ada konsert GUNS AND ROSES


Kalau tahun lalu peminat-peminat muzik tanah air kecewa apabila konsert sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Petronas Malaysia Grand Prix 2012 yang sepatutnya menampilkan penyanyi diva Kylie Minogue & Kelis sebab dibatalkan di saat-saat akhir.

Kekecewaan anda semua akan terubat kerana kehangatan F1 edisi ke-15 tahun ini bakal menampilkan konsert julung-julung kali, band lagenda Rock Amerika, Gun N Roses, percuma! Diulangi, PERCUMA! Tak perlu bayar apa-apa!

Berita ini diumumkan sewaktu pelancaran F1 Petronas Malaysia Grand Prix 2013 yang telah dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, turut hadir Presiden Yayasan Kepimpinan Perdana, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Kuala Lumpur, Datuk Hj. Ahmad Phesal Hj. Talib bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Tan Sri Dato’ Shamsul Azhar Abbas serta Pengerusi SIC, Dato’ Mokhzani Tun Mahatir. Majlis berlangsung di Esplanade KLCC pada 29 Januari lalu.
Persembahan yang gerenti gempak daripada kumpulan ini hanya eksklusif untuk penonton-penonton F1 di Litar Antarabangsa Sepang. Konsert akan berlangsung pada 24 Mac 2013, sejurus selepas tamat perlumbaan dari 11 pasukan F1 terkemuka dunia. Menerusi belian tiket zon Granstand perlumbaan F1, anda dapat menyaksikan secara live pemuzik-pemuzik Rock lagenda dunia ini!

Lebih istimewa, sempena F1 yang akan berlangsung pada 22 Mac hingga 24 Mac 2013, tahun ini pihak penganjur iaitu SIC (Sepang International Circuit) menawarkan pakej ‘One Ticket Unlimited (1TU)’ yang pasti memberikan keistimewaan untuk anda menikmati keseronokan serta kehangatan acara sukan permotoran bertaraf dunia ini.

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan cepat tiket Konsert F1 Petronas Malaysia Grand Prix 2013 anda menerusi online dengan melayari www.sepangcircuit.com atau datang terus ke kaunter KL Sentral sekarang sehingga 24 Januari 2013 atau di KLCC mulai 15 Februari hingga 24 Mac 2013. Istimewa kepada pemegang kad Maybank Visa dan kad Master Credit atau kad Debit, boleh dapatkan iket-tiket dengan potongan harga 25%.

Kepada pelajar-pelajar juga berpeluang mendapatkan tiket-tiket menerusi promosi ‘Beli 1, Percuma 1′ dengan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) untuk zon Main Grandstand of Topaz, Citrine, Tower North & Tower South mulai sekarang sehingga 17 Mac 2013.

Selain itu Selain dari itu, konsert istimewa untuk rakyat Malaysia turut diadakan di KLCC.

KETUA PENGGANAS SULU TELAH LAMA TINGGALKAN SABAH


LAHAD DATU, 21 Mac (Bernama) Ketua pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, Azzimudie atau Agbimuddin Kiram telah meninggalkan negara ini sejak 11 Mac dan kini bersembunyi di pulau-pulau kecil di selatan Filipina.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perkara itu disahkan hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina.

"Azzimudie bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak mahu kedudukannya diketahui Bangsamoro dan kerana takut ditangkap pihak berkuasa Filipina," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini Khamis.

Beliau mengulas dakwaan terbaru sebuah blog bahawa Azzimudie Kiram mati ditembak pengawalnya sendiri dan mayatnya dikatakan ditanam di sebuah kubur kecil yang hanya diketahui pengikut elitnya.

Kepada soalan sama ada pasukan keselamatan mengekori dan menjejaki kelibat Azzimudie ke Filipina, Zulkifeli berkata itu di luar bidang kuasa mereka.

Beliau percaya tindakan lanjut boleh diambil melalui hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Azzimudie Kiram mengetuai insiden pencerobohan bersama kira-kira 200 militan bersenjata dari selatan Filipina pada 12 Feb lepas yang menyaksikan 63 militan terbunuh termasuk seorang yang ditembak mati pagi semalam manakala di pihak Malaysia 10 anggota keselamatan gugur. BERNAMA

8 Pengganas sulu didakwa lancar perang terhadap AGONG

LAHAD DATU - Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, di sini atas tuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 17 hinggga 66 tahun, didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup, dan Seksyen 121 kanun yang sama kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell, yang bersidang sebagai Majistret.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi) Datuk Nordin Ahmad, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Mohd Dusuki memberitahu pemberita, kes itu diperintahkan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Katanya, kesemua mereka disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Turut hadir Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Kawasan sekitar ibu pejabat polis tersebut dikawal ketat oleh anggota keselamatan bersenjata. - Bernama

Rokok elektronik membahayakan kesihatan?



 Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok.

Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.

Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.

Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.

Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.

Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.

"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.

"Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya. 

KERAJAAN FILIPINA MASIH MEMPUNYAI NIAT MENUNTUT SABAH


KUALA LUMPUR, 19 Mac — Kerajaan Filipina sedang berbincang dengan sepasukan peguam bagi mengkaji tuntutan tersebut ke atas Sabah dalam masa sama pertempuran antara puak bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia, menurut akhbar Filipina hari ini.
The Philippine Star melaporkan seorang anggota senior dalam kerajaan Filipina berkata negara tersebut tidak melepaskan tuntutan ke atas wilayah yang kini menjadi sebahagian dari Malaysia selama berdekad lamanya.
“Mereka berguraukah bila mereka kata kita lepaskan tuntutan kita? Kita sudah bayar begitu bayar kepada peguam untuk mengkaji tuntutan tersebut,” kata Setiausaha Kabinet Jose Rene Almendras.
Tetapi beliau berkata sebarang tindakan negara tersebut akan dibawa mengikut undang-undang antarabangsa dan bukannya kekerasan, katanya yang menyahut pandangan Presiden Benigno Aquino III.
Akhbar tersebut melaporkan Aquino berkata semalam bahawa pentadbirannya akan menyediakan rancangan untuk menamatkan tuntutan Sabah secara aman.

Perdebatan tentang kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah timbul selepas pencerobohan timur Sabah oleh 200 pengikut bersenjata Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu lebih sebulan lalu.
Semalam, Jamalul mengarahkan pengikutnya di Sabah yang diketuai adiknya Agbimuddin Kiram untuk melancarkan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia, walaupun laporan mengatakan lebih 60 orang pengikutnya dan 10 orang anggota keselamatan Malaysia terkorban.
Pada 2 Mac, Setiausaha Undang-Undang Leila de Lima dari Jabatan Undang-Undang Filipina berkata kerajaannya tidak menolak untuk mengambil tuntutan kumpulan dari Sulu terhadap Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), tetapi berhati-hati untuk tidak mengeruhkan hubungan yang akrab dengan Putrajaya.
Kesultanan Sulu menuntut Sabah, yang dikatakan menyewa Borneo Utara pada 1878 kepada Syarikat Borneo Utara British dengan bayaran 5,000 dolar Malaya ketika itu, yang kemudiannya dinaikkan kepada 5,300 dolar Malaya pada tahun 1903.
Sabah, bagaimanapun, menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 1963, selepas Malaysia berterusan membayar RM5,300 kepada Sultan Sulu untuk negeri Borneo tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengatakan referendum 1962 Suruhanjaya Cobbold di Sabah dan Sarawak mengatakan dua pertiga rakyat menyokong untuk menyertai Malaysia.
Awal bulan ini, Majlis Peguam Malaysia berkata Sultan Sulu tidak mempunyai hak dari segi undang-undang ke atas Sabah, berkata ICJ telah mengiktiraf Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas Sabah dan pulau sekelilingnya ketika menuntut wilayah yang bertindih pada 2002.
ICJ mengiktiraf tuntutan Malaysia dalam tuntutannya di antara Putrajaya dan Jakarta ke atas pulau Ligitan dan Sipadan yang berhampiran Sabah pada Disember 2002.
Filipina pada masa itu cuba mencelah dalam kes tersebut, tetapi permintaan mereka ditolak.
Putrajaya dan Manila adalah rakan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, rakan politik dan ekonomi serantau, dan rakan penting dalam membentuk perjanjian damai di selatan Filipina.

sumber : Sini

PERGERAKAN TENTERA NASIONAL INDONESIA (TNI) YANG LUAR BIASA DI PERAIRAN NUNUKAN-TAWAU


PERGERAKAN TENTERA NASIONAL INDONESIA (TNI) YANG LUAR BIASA DI PERAIRAN NUNUKAN-TAWAU
Ahad, Mac 17, 2013 



KAPAL PERANG INDONESIA BERSIAP SIAGA DI PERAIRAN NUNUKAN & TARAKAN BERDEKATAN BANDAR TAWAU DAN SEMPORNA


PERkembangan terkini pencerobohan pengganas Sulu kini merebak ke negara Indonesia. Residensi Nunukan dan Pulau Sebatik yang bersempadan dengan Tawau, Malaysia kini di penuhi pasukan tentera Indonesia.

Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina.

Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa.

Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.

Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.

Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat. Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat.

Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu pilihan...Menyerah tanpa syarat!

sumber : sini

Anggota Keluarga Kiram Antara Yang Ditahan


LAHAD DATU, 17 Mac Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.

Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Dalam pada itu, Hamza berkata keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan.
Bernama

Piramid Melayu?


PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN

Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel

Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net

[Kali terakhir disunting pada 30/4/2011]


Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.
Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah :tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.

Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.
Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi.

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.

p/s - Saya sendiri secara pribadi amat tertarik dengan penemuan ni. Cuma kesuntukan bekerja tak memungkinkan saya untuk mengkaji secara lebih mendalam. Apakah pendapat kalian?


kredit kepada : macjay.blogspot

Catatan Popular