PARLIMEN BUBAR- TIBA SAAT PILIHANRAYA TERSENGIT DALAM SEJARAH


Inilah masanya untuk semua parti yang bertanding merancang dan melaksana segala aktiviti berkaitan pilihanraya 2013. Bagi saya secara pribadi melihatnya sebagai satu perkembangan yang sihat untuk melihat Negara semakin maju menuju masa depan yang cerah. Cuma kalau boleh biarlah bersaing secara sihat untuk memujuk dan merayu sebanyak mungkin undi.

BN melihatnya sebagai perjuangan untuk mengekalkan pemerintahan yang sekian lama manakala pihak PKR pula melihatnya sebagai peluang untuk mendapatkan kuasa. Jadi, mana satu yang anda pilih? Sebab saya katakan tersengit dalam sejarah kerana pihak pembangkang iaitu PKR sekarang begitu tersusun dan strategik sekali.

Tidak kiralah pihak yang menang, objektifnya hanyalah untuk melihat Negara Malaysia semakin maju menuju  masa depan yang gemilang. Assalam.


Implikasi pembentukan kerajaan sementara terhadap sosial masyarakat harus diambil kira



Oleh Idzuafi Hadi Kamilan

Tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 di Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya apabila Parlimen masih lagi belum di bubarkan. Rakyat masih terus menanti walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah terbubar secara automatik apabila tamat tempohnya pada 28 Mac lalu.

Pastinya tarikh 28 Mac 2013 mencatatkan sejarah penting dalam sejarah pilihanraya di Malaysia, kerana buat pertama kalinya sebuah DUN di dalam Malaysia terbubar secara automatik apabila genap tempohnya lima tahun.

Ini bertitik tolak daripada tarikh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan telah mengangkat sumpah dan bersidang pada 28 Mac 2008 berdasarkan peruntukan Perkara 58, Perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan.

Walaupun DUN Negeri Sembilan telah dibubarkan secara rasmi namun Datuk Seri Utama Mohammad Hasan telah mengumumkan pentadbiran kerajaan tetap berfungsi sepertimana biasa memandangkan mereka kini berfungsi sebagai ‘caretaker government’ manakala badan kehakiman dan badan eksekutif tidak terlibat dengan apa-apa pembubaran.

Ramai orang membuat spekulasi bagaimanakah pengiraan tarikh genap lima tahun di buat. Berdasarkan peruntukan Perkara 55 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Parlimen haruslah berjalan dari tarikh mesyuaratnya yang pertama.

Oleh itu, berdasarkan maksud peruntukan di atas ini bermakna Parlimen Malaysia hanya mempunyai tempoh tamat sah laku sehingga 28 April 2013. Ini kerana kesemua ahli Parlimen telah mengangkat sumpah dan mula bersidang pada 28 April 2008.

Ada yang bertanya, bolehkah kiraan tarikh mengangkat sumpah dikira sebagai tarikh mula mesyuarat bersidang kerana di dalam peruntukan Perlembagaan hanya menyebut tarikh mula bersidang dan bukannya tarikh mula mengangkat sumpah.

Jawapannya adalah, secara konvensyen apabila seseorang ahli Parlimen mengangkat sumpah maka selepas itu akan diteruskan dengan persidangan mesyuarat.

Interpretasi secara liberal

Penulis sering kali mengingatkan pembaca bahawa di dalam kes Loh koi Choon, Hakim Raja Azlan Shah mengingatkan bahawa Perlembagaan harus diinterprestasikan secara liberal dan luas dan bukannya dengan cara yang sempit.

Ini bermaksud apabila perkataan yang digunakan didalam Perlembagaan di rujuk maka ia harus diinterpretasikan secara luas seperti mengangkat sumpah dan bersidang di atas.

Sangat signifikan juga Perlembagaan Persekutuan ini dirujuk serta diselang-selikan dengan Perlembagaan Negeri memandangkan Perlembagaan Negeri merupakan cedokan daripada Perlembagaan Persekutuan bagi penulis menerangkan isu ini di sini.

Dengan berlakunya pembubaran ini maka apa yang pasti ADUN Negeri Sembilan yang telah berkhidmat genap 60 bulan ini mereka layak mendapat ganjaran dan saraan sepertimana serupa di dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

Walau pun, DUN Negeri Sembilan telah terbubar secara automatik dan akan disusuli negeri-negeri lain dan Parlimen, apa yang lebih penting ketika ini adalah kewujudan ‘caretaker government’ atau kerajaan sementara.

Ini kerana idea penubuhan kerajaan sementara telah pun menjadi salah satu isi penting kepada Jawatankuasa Pilihan Reformasi Pilihanraya yang telah ditubuhkan pada 2011 bagi menambah baik perjalanan pilihanraya di Malaysia.

Kerajaan sementara bolehlah didefinisikan sebagai individu atau kumpulan manusia yang dilantik bagi mentadbir kerajaan bagi satu tempoh masa tertentu (kebiasaannya singkat) sehingga sebuah kerajaan baru yang diabsahkan (legitimate) terbentuk.

Definisi ini berdasarkan kertas kajian ‘Caretaker Government during Election: A Comparative Study of Pakistan, Bangladesh and India, Pakistan, 2006 Institute of Legislative Development and Transparency.’

Ada banyak sebab kerajaan sementara boleh dibentuk namun kebiasaannya adalah
 i) negara mengalami zaman darurat;
 ii) kerajaan sedia ada menghadapi undi tidak percaya dan kalah di dalam Parlimen dan iii) Parlimen dibubarkan secara normal dan akan menghadapi pilihanraya.

bacaan lengkap : sini

Lahad Datu: Tujuh Warga Filipina, Seorang Anggota Polis Didakwa


LAHAD DATU: Tujuh warga selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk. Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan.Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA.


Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar. mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau.Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah. Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.
Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh.
- Bernama

BOM DIJUMPAI DI KAMPUNG TANJUNG BATU LAHAD DATU


LAHAD DATU, 1 April (Bernama) -- Sebutir grenad, dipercayai milik militan dari selatan Filipina, ditemui berhampiran sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu, Felda Sahabat dekat sini Isnin.

Bom yang dikatakan masih aktif itu ditemui dua kanak-kanak berusia 7 dan 10 tahun yang bermain di kawasan rumah berkenaan pada kira-kira 8 pagi.

Seorang penduduk, Mad Ali Hassan, 60, berkata beliau dimaklum berkaitan penemuan berkenaan ketika mengemas rumahnya, tidak jauh dari kawasan bom itu ditemui.

"Sebagai seorang pesara askar wataniah, saya kenal itu adalah grenad yang masih aktif dan boleh meletup bila-bila masa.

"Kami harap pihak keselamatan membantu penduduk untuk membersihkan kawasan kampung daripada bahan letupan yang masih aktif demi keselamatan orang ramai, terutama kanak-kanak," katanya ketika ditemui pemberita.

Penduduk Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian, yang mempunyai dokumen, dibenar pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat mulai Sabtu, selepas pasukan keselamatan memastikan kawasan itu selamat daripada ancaman penceroboh militan dari selatan Filipina.

Sementara itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rashid yang berada di lokasi berkenaan menasihatkan penduduk yang menemui peluru hidup atau bom yang masih aktif agar melaporkan segera kepada pasukan keselamatan.

"Kami harap penduduk jangan ambil mudah perkara ini kerana bom yang masih aktif boleh meletup dan menyebabkan kecederaan... kami minta mereka kawal anak-anak daripada bermain dengan bahan berbahaya itu," katanya.BERNAMA

LEMURIA, SEBUAH TAMADUN MAJU BANGSA MANUSIA YANG HILANG







salah satu wilayah yang dipercayai kedudukan Lemuria

Lemuria/Mu merupakan sebuah tamadun purba yang muncul terlebih dahulu sebelum tamadun Atlantis. Para penyelidik meletakkan era tamadun Lemuria antara sekitar tempoh 75000 SM – 11000 SM.

Jika kita melihat daripada tempoh masa tersebut, dapat diandaikan bahawasanya Bangsa Atlantis dan Lemuria seharusnya pernah hidup bersama selama beribu-ribu tahun lamanya.

Namun demikian, gagasan Benua Lemuria terlebih dahulu wujud berbanding tamadun Atlantis dan Mesir Kuno. Ini dapat kita perolehi penjelasannya daripada sebuah karya Augustus Le Plongeon (1826-1908) iaitu seorang penyelidik dan penulis pada abad ke -19 yang telah membuat kajian terhadap tapak² purbakala peninggalan daripada Bangsa Maya di Yucatan.

Maklumat tersebut diperolehi selepas kejayaannya menterjemahkan beberapa lembaran catatan kuno peninggalan Bangsa Maya. Daripada hasil terjemahannya, telah diperolehi beberapa maklumat yang menunjukkan bahawa Bangsa Lemuria telahpun berusia lebih tua daripada tamadun Atlantis.

Namun dikatakan juga, bahawa tamadun Atlantis dan Lemuria pernah hidup dalam tempoh masa yang sama sebelum kemudiannya terjadi sebuah bencana gempa bumi dan air bah yang maha dasyat sehingga menenggelamkan kedua-dua peradaban maju masa silam tersebut.

Hingga saat ini, kedudukan sebenar Benua Lemuria pada masa silam masih lagi menjadi sebuah kontroversi. Namun berdasarkan bukti arkeologi dan beberapa teori yang dikemukakan oleh para penyelidik, berkemungkinan besar tamadun tersebut terletak di Lautan Pasifik (disekitar Indonesia sekarang).


Ramai ahli arkeologi mempercayai bahawa Easter Island yang misteri itu juga merupakan sebahagian dari Benua Lemuria. Hal ini dipercayai daripada penemuan ratusan patung batu kolosal yang mengitari pulau tersebut dan beberapa catatan kuno yang terukir pada beberapa artifak yang merujuk kepada bekas-bekas peninggalan peradaban maju pada masa silam.

Mitologi turun temurun para suku kaum Maori dan Samoa yang menetap di pulau-pulau sekitar Lautan Pasifik juga ada menyebutkan bahawasanya pada zaman dahlulu kala pernah terdapat sebuah daratan besar di Lautan Pasifik yang hancur setelah diterjah oleh gelombang pasang air laut yang maha dahsyat (tsunami). Namun sebelum malapetaka itu terjadi, bangsa mereka telahpun hancur terlebih dahulu akibat terjadinya peperangan.

Keadaan Lemuria sendiri digambarkan adalah sangat mirip dengan peradaban Atlantis, memiliki tanah yang subur, masyarakat yang makmur dan memiliki penguasaan terhadap beberapa cabang ilmu pengetahuan yang mendalam. Faktor-faktor tersebut tentunya menjadi sebuah landasan asas bagi Bangsa Lemuria untuk berkembang pesat menjadi sebuah tamadun yang maju dan mempunyai banyak ahli/ilmuan yang dapat menciptakan sesuatu yang baru dalam Ilmu pengetahuan dan Teknologi mereka.

Sepertimana yang banyak dikemukakan oleh beberapa pakar spiritual dan arkeologi, bahawa bangsa Lemuria dan Atlantis menggunakan kristal secara intensif dalam kehidupan mereka. Edgar Cayce, Seorang spiritualis Amerika melalui saluran penyelidikannya berkali² mendedahkan perkara yang sama.

kedudukan Lemuria dan Atlantis daripada salah satu tempat yang dipercayai kedudukannya di Bumi

Kuil² di Lemuria dan Atlantis di dalamnya terdapat sebuah kristal generator raksasa yang dikelilingi oleh kristal² kecil lainnya, baik sebagai sumber tenaga mahupun sebagai sumber penyembuhan pelbagai penyakit.

Namun, berbeza dengan bangsa Atlantis yang lebih bergantung pada keupayaan ketenteraan dalam mengembangkan wilayah melalui teknologi peperangan. Sementara Bangsa Lemuria dipercayai sebagai manusia-manusia dengan peringkat evolusi dan spiritual yang tinggi, sangat suka pada kedamaian dan mempunyai nilai moral yang baik. Wallahualam.

Menurut Edgar Cayce, kemunculan Atlantis sebagai suatu peradaban super power pada ketika itu (kalau sekarang mirip Amerika Syarikat begitulah lebih kurangnya) telah membuatkan mereka sangat ingin menakluk bangsa-bangsa lain di dunia, di antaranya Yunani dan Lemuria yang dipandang oleh para bangsa Atlantis sebagai peradaban yang kuat. Berbekalkan peralatan perang yang canggih serta strategi perang yang baik, kemasukan Atlantis ke Lemuria berjalan seperti yang diharapkan.

Sifat baik daripada para bangsa Lemuria yang menjunjung tinggi konsep keamanan telah membuatkan mereka tidak dibekalkan dengan teknologi peperangan secanggih bangsa Atlantis, sehingga dalam jangka waktu yang singkap sahaja, Lemuria sudahpun jatuh ke tangan Atlantis.

Semenjak kekalahan bangsa Lemuria kepada bangsa Atlantis, maka secara automatik wilayah Lemuria telah dapat dikuasai oleh bangsa Atlantis, sehinggalah akhirnya daratan itu diterpa oleh bencana yang sangat dahsyat yang kemudian telah menenggelamkannya bersama beberapa wilayah daratan lain, termasuk diantaranya adalah Atlantis itu sendiri.


Istana Taifurkhafi di Istanbul, Turki, tersimpan selembar peta kuno yang sangat unik. Peta kuno yang diperbuat daripada kulit rusa (Gazelle skin) ini ditemui pada awal abad ke-18, sekilas pandang jika dilihat mungkin ia hanyalah merupakan selembar replika peta daratan pada masa masa lalu.

Dalam peta berkenaan, hanya kawasan Laut Tengah sahaja yang tergambar secara tepat, sedangkan kawasan lainnya seperti benua Amerika dan benua Afrika tergambar dengan sangat berbeza.

Kemudian, ketika para saintis menelitinya dengan lebih lanjut, hasil yang diperolehi adalah sangat mengejutkan, kerana ternyata peta kuno ini sebenarnya adalah gambar pandangan udara dari angkasa yang sangat detail dan terperinci. Jika dibandingkan dengan gambar yang diambil dari pesawat Apollo 8, maka peta kuno Turki ini diibaratkan seperti fotokopinya.
Gambar perubahan garis besar pada benua Amerika dan Afrika di atas peta kuno tersebut bersesuaian dengan gambar yang diambil melalui pesawat Apollo 8. Dan yang lebih menakjubkan lagi adalah bahawa peta kuno itu menggambarkan bentuk rumit permukaan bumi kutub selatan yang ditutupi oleh lapisan ais yang tebal.

Tidak ada perbezaan sedikit pun dengan hasil gambar pemetaan menggunakan fatometer yang dilakukan oleh pasukan eksplorasi kutub selatan pada tahun 1952 yang mengadakan penyelidikan keadaan rupa bumi di bawah lapisan ais.

Lalu siapakah pada masa purbakala yang sudah menguasai teknologi tinggi pemotretan melalui angkasa lepas? Daripada penemuan peta kuno ini, ia telah menjadi suatu bukti akan kemajuan pengetahuan ilmu astronomi yang ada pada tamadun silam yang sehingga saat ini pun masih belum dapat dikuasai oleh manusia-manusia zaman sekarang.

Dalam sebuah kajian lebih lanjut telah mengatakan mungkin mereka telahpun berjaya menghasilkan suatu teknologi yang luar biasa pada masa itu, seperti dapat melakukan penerbangan ke luar angkasa dan pendaratan di planet Marikh dan Bulan kerana bukti terkini menunjukkan terdapat penemuan² yang aneh yang dipercayai hanya mampu dibuat oleh makhluk yang berakal. Untuk mempercayai ia adalah buatan makhluk asing adalah sesuatu yang sangatlah janggal dan tidak munasabah kerana bukti sekarang juga menunjukkan manusia sudahpun pernah mencapai satu ketamadunan sains dan teknologi yang sangat tinggi berbanding sekarang. Apalagi hal tersebut disokong oleh beberapa penemuan artifak² purba yang menggambarkan beberapa gambaran imaginasi angkasawan pada masa silam.
sumber 

Catatan Popular