Implikasi pembentukan kerajaan sementara terhadap sosial masyarakat harus diambil kira



Oleh Idzuafi Hadi Kamilan

Tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 di Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya apabila Parlimen masih lagi belum di bubarkan. Rakyat masih terus menanti walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah terbubar secara automatik apabila tamat tempohnya pada 28 Mac lalu.

Pastinya tarikh 28 Mac 2013 mencatatkan sejarah penting dalam sejarah pilihanraya di Malaysia, kerana buat pertama kalinya sebuah DUN di dalam Malaysia terbubar secara automatik apabila genap tempohnya lima tahun.

Ini bertitik tolak daripada tarikh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan telah mengangkat sumpah dan bersidang pada 28 Mac 2008 berdasarkan peruntukan Perkara 58, Perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan.

Walaupun DUN Negeri Sembilan telah dibubarkan secara rasmi namun Datuk Seri Utama Mohammad Hasan telah mengumumkan pentadbiran kerajaan tetap berfungsi sepertimana biasa memandangkan mereka kini berfungsi sebagai ‘caretaker government’ manakala badan kehakiman dan badan eksekutif tidak terlibat dengan apa-apa pembubaran.

Ramai orang membuat spekulasi bagaimanakah pengiraan tarikh genap lima tahun di buat. Berdasarkan peruntukan Perkara 55 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Parlimen haruslah berjalan dari tarikh mesyuaratnya yang pertama.

Oleh itu, berdasarkan maksud peruntukan di atas ini bermakna Parlimen Malaysia hanya mempunyai tempoh tamat sah laku sehingga 28 April 2013. Ini kerana kesemua ahli Parlimen telah mengangkat sumpah dan mula bersidang pada 28 April 2008.

Ada yang bertanya, bolehkah kiraan tarikh mengangkat sumpah dikira sebagai tarikh mula mesyuarat bersidang kerana di dalam peruntukan Perlembagaan hanya menyebut tarikh mula bersidang dan bukannya tarikh mula mengangkat sumpah.

Jawapannya adalah, secara konvensyen apabila seseorang ahli Parlimen mengangkat sumpah maka selepas itu akan diteruskan dengan persidangan mesyuarat.

Interpretasi secara liberal

Penulis sering kali mengingatkan pembaca bahawa di dalam kes Loh koi Choon, Hakim Raja Azlan Shah mengingatkan bahawa Perlembagaan harus diinterprestasikan secara liberal dan luas dan bukannya dengan cara yang sempit.

Ini bermaksud apabila perkataan yang digunakan didalam Perlembagaan di rujuk maka ia harus diinterpretasikan secara luas seperti mengangkat sumpah dan bersidang di atas.

Sangat signifikan juga Perlembagaan Persekutuan ini dirujuk serta diselang-selikan dengan Perlembagaan Negeri memandangkan Perlembagaan Negeri merupakan cedokan daripada Perlembagaan Persekutuan bagi penulis menerangkan isu ini di sini.

Dengan berlakunya pembubaran ini maka apa yang pasti ADUN Negeri Sembilan yang telah berkhidmat genap 60 bulan ini mereka layak mendapat ganjaran dan saraan sepertimana serupa di dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

Walau pun, DUN Negeri Sembilan telah terbubar secara automatik dan akan disusuli negeri-negeri lain dan Parlimen, apa yang lebih penting ketika ini adalah kewujudan ‘caretaker government’ atau kerajaan sementara.

Ini kerana idea penubuhan kerajaan sementara telah pun menjadi salah satu isi penting kepada Jawatankuasa Pilihan Reformasi Pilihanraya yang telah ditubuhkan pada 2011 bagi menambah baik perjalanan pilihanraya di Malaysia.

Kerajaan sementara bolehlah didefinisikan sebagai individu atau kumpulan manusia yang dilantik bagi mentadbir kerajaan bagi satu tempoh masa tertentu (kebiasaannya singkat) sehingga sebuah kerajaan baru yang diabsahkan (legitimate) terbentuk.

Definisi ini berdasarkan kertas kajian ‘Caretaker Government during Election: A Comparative Study of Pakistan, Bangladesh and India, Pakistan, 2006 Institute of Legislative Development and Transparency.’

Ada banyak sebab kerajaan sementara boleh dibentuk namun kebiasaannya adalah
 i) negara mengalami zaman darurat;
 ii) kerajaan sedia ada menghadapi undi tidak percaya dan kalah di dalam Parlimen dan iii) Parlimen dibubarkan secara normal dan akan menghadapi pilihanraya.

bacaan lengkap : sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular