PKR VS PAS?

PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain dalam perebutan kerusi Parlimen Labuan dan DUN Sungai Acheh.

Di Labuan, PKR mencalonkan Ibrahim Menudin manakala PAS meletakkan Hadnan Mohamad.

Mereka akan berdepan dengan pendatang baru Rosman Isli dari Umno. Pada 2008, kerusi itu dimenangi oleh Yusof Mahal dari Umno dengan majoriti yang besar.

Star Online melaporkan Ibrahim sebagai berkata tiada kompromi dan mereka akan berentap antara satu sama lain.

Katanya, mereka tidak boleh menarik diri kerana sudah memfailkan kertas pencalonan dan jika berbuat demikian, akan hilang wang deposit.

Ibrahim, merupakan salah seorang rekrut baru PKR dengan latar belakang korporat, yang juga bertanding kerusi DUN Bongowan di bawah Parlimen Kimanis.

Di Pulau Pinang, PKR dan PAS akan bertembung di Sungai Acheh.

PKR meletakkan Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai ChuguBard manakala PAS meletakkan Mohd Yusni Mat Piah.

Kerusi itu disandang oleh Mahmud Zakaria dari Umno, yang menang pada 2008 dengan majoriti nipis 250 undi.

SUMBER : malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular