LAPAN LELAKI YANG DITUDUH BUKAN RAKYAT FILIPINA?

MANILA - Seramai lapan lelaki yang dituduh kerana kesalahan berkaitan keganasan di Mahkamah Tinggi Tawau kelmarin merupakan rakyat Malaysia, bukan pengikut Jamalul Kiram III.

Jurucakap Jamalul, Abraham Idjirani berkata semalam, seorang lelaki telah mengambil alih identiti salah seorang pengikut Jamul yang dibunuh pasukan keselamatan Malaysia 1 Mac lalu.

Lapan didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Apa yang kerajaan Malaysia cuba lakukan? Mereka berbohong dan memperbodohkan kerajaan Filipina malah, seluruh dunia,” katanya.

“Kami yakin yang Malaysia akan terus berbohong supaya sultan kami tidak akan mendapat sebarang sokongan daripada Presiden Aquino dan kerajaan kami sendiri,” kata Idjirani.

Dipetik laman web www.abs-cbnnews.com, beliau turut menuduh kerajaan Malaysia melancarkan kempen palsu untuk menjatuhkan Jamalul.

“Saya rasa saya tahu mengapa Malaysia tidak membenarkan media asing membuat liputan ke Sabah. Ini kerana mereka sedang menyembunyikan sesuatu,” ujarnya.

Abraham turut menafikan laporan dari Malaysia mengatakan Agbimuddin Kiram sudah meninggalkan Sabah dan kini bersembunyi di Mindanao.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, lapan lelaki Filipina yang didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau perlu diwakili peguam bagi membela mereka demi keadilan dan atas dasar kemanusiaan.

Abdul Gani berkata disebabkan prinsip itu, beliau memohon mahkamah supaya tidak mencatatkan sebarang pengakuan tertuduh sehingga diwakili peguam masing-masing.

Katanya Jabatan Peguam Negara akan menghubungi kedutaan Filipina esok sekiranya mereka berhasrat melantik peguam bagi pihak warganegaranya.

"Kelapan-lapan mereka telah dituduh tetapi saya meminta supaya hakim tidak mengambil pengakuan sebab sebagai pendakwa raya, saya berpendapat bahawa mereka harus diwakili peguam kerana hukumannya adalah berat.

"Kita ada peruntukan di mana bagi dua tertuduh di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan (melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong), ia membenarkan kerajaan melantik peguam untuk mereka, mahkamah akan melantik peguam dan kerajaan akan bayar.

"Walaupun tuduhan di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (menjadi ahli pengganas) yang dihadapi tertuduh lain tidak membawa hukuman mati, namun saya memberi jaminan kepada mahkamah bahawa saya akan cuba seberapa boleh untuk dapatkan peguam. Bukan atas apa tetapi atas prinsip kemanusiaan, seseorang yang dituduh harus mendapat pembelaan," katanya. SUMBER : SINAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular