Lahad datu.....Penyelesaian????

Diharap ini penyelesaian yang terbaik.


Sudah agak lama isu ini cuba diselesaikan. Rasanya satu keputusan yang tepat perlu segera dilaksanakan agar ia tidak menjejaskan imej Malaysia. Moga lepas ni isu ini akan dapat penyelesaian yang terbaik...

Sumber berita berkaian :

Filipina hantar kapal bawa pulang kumpulan penceroboh

24 Februari 2013


KUALA LUMPUR - Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota, termasuk
30 pengawal bersenjata, yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari.

Kapal yang bernombor AT296, belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan
kumpulan itu berlangsung malam ini.

Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina dalam satu kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan
Malaysia di Manila semalam.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah mereka dan keluarga,
"sekalipun pada masa yang sama kami sedang berusaha menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan".

"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya.

Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu, dan kami
menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air."

Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino, serta sukarelawan dan petugas perubatan.

Pada 12 Februari, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu.

Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.

Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas, dan Kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas (22 Feb) untuk meninggalkan
negara ini.

Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang
berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my

1 ulasan:

Catatan Popular