ROYALTI MINYAK SABAH

ROYALTI MINYAK - Kajian Royalti Minyak untuk Sabah


Royalti minyak Sabah...NEGARA atau NEGERI mendapat pendapatan samada daripada berbagai cukai atau pungutan seumpamanya atau dalam bentuk royalti.

Bagi negeri yang mempunyai sumber alam, maka pendapatan daripada royalti merupakan pendapatan segera, manakala negeri yang tidak mempunayi sumber alam, maka pendapatan berpunca daripada berbagai bentuk cukai.

Secara umumnya, negara mendapat pendapatan daripada cukai yang menyumbangkan sebahagian besar pendapatan negara; manakala royalti berkisar sekitar 30 bilion setahun, berbanding pendapatan negara yang menghampiri setengah trilion ringgit setahun.

Kini, rakyat negara ini hanya nampak sumbangan royalti terutama daripada minyak dan gas. Di Sabah, perbincangan mengenai royalti bermula sejak tahun 70-an sebelumpun Petronas berkembang maju.

Masalah royalti berlarutan dan hanya pada tahun 1976 persetujuan mengenainya tercapai. Dalam perjanjian itu, negeri-negeri yang mengeluarkan minyak dan gas akan dibayar 5 peratus dalam bentuk royalti. Peratusan itu kekal hingga kini.

Pembangkang mengambil peluang mengenai peratusan royalti minyak, walaupun peratusannya hanya lebih sedikit 10 peratus daripada jumlah pendapatan tahunan negara, berbanding sumber daripada cukai-cukai lain, namun royalti minyak dan gas menjadi "penting" kerana cara pembangkang mempersembahkannya kepada rakyat.

Pembangkang dalam usahanya menarik sokongan rakyat Sabah berjanji akan menaikan royalti daripada minyak dan gas daripada 5% kepada 20% jika mereka berjaya menduduki Putrajaya.

Setelah sekian lama, cadangan pembangkang itu diremehkan oleh para pemimpin BN, sehinggalah Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Taib Mahmod menyuarakan akan meminta kerajaan pusat mengkaji isu royalti minyak bagi negeri-negeri yang mengeluarkan emas hitam itu.

Berikutan suara Ketua Menteri Sabah itu, kini para pemimpin Sabah turut bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri negeri jiran itu.

Adalah satu kelajiman dalam ekonomi, jika satu bahagian ditambah, maka akan mengurangkan bahagian lain. Konsep keseimbangan, senantiasa demikian.

Dalam kaedah sekarang, walaupun negeri-negeri pengeluar minyak dan gas mendapat bayaran 5%, namun peruntukan daripada kerajaan pusat terus mengalir.

Kenaikan royalti minyak nampak sedap dipandang dalam jangka pendek, namun secara jangka panjang tidak menguntung negara secara keseluruhan.

Wang yang digunakan untuk menjana pulangan yang besar lebih bermanaafat kepada negara, berbanding jika wang itu digunakan dengan tidak mendapat pulangan.

Hanya secara akademik, perkara ini boleh difahami, bagaimana sumbangan daripada hasil bumi bermanafaat kepada negara; kepada rakyat biasa, mereka hanya melihat angka peratusan sebab 20 itu lebih besar berbanding 5. Apa ada pada angka? umpama wang RM 100,000 dilabur pada sebuah restoran di kampung yang tidak mempunyai pelanggan yang ramai berbanding melabur restoran di KLCC. Fikir-fikirkan lah.
SUMBER : http://one-kotabelud.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular