Sisi berbahaya penggunaan 'Data Roaming'


Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana.

Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut," katanya.

Seorang pengguna telefon pintar telah berada di Timur Tengah selama 12 hari dan telah menerima satu 'kejutan' bil telefon berjumlah RM122,703 untuk khidmat 'data roaming'.

Satu lagi kes berlaku untuk perjalanan selama empat hari ke Singapura dan pengguna dikenakan caj sebanyak RM23,000 kerana memeriksa e-mel dalam tempoh tersebut.

Justeru, anda perlu berhati-hati dengan penggunaan telefon pintar.

Melayari Internet di telefon bimbit semasa di luar negara boleh menjadikan bil anda melambung tinggi.

Jika tidak berhati-hati, ia boleh berakhir dengan caj data yang dikenakan melebihi harga sebuah kereta.

Nama-nama besar juga tidak terkecuali berdepan situasi ini.

Seorang "mangsa" yang dikenakan caj yang tinggi adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menerima 'bil kejutan' selepas perjalanan yang singkat ke Indonesia.

"Saya hanya menggunakan 'data roaming' selama beberapa minit sehingga akhir penginapan saya tetapi saya telah dikenakan bil sejumlah RM4,500 untuk itu," katanya kepada The Star.

Menurut Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), aduan terhadap syarikat telekomunikasi meningkat dalam tempoh dua tahun lepas, dengan caj data mudah alih dan caj 'data roaming' menjadi rungutan utama.

Pengarah CFM Ahmad Izham Khairuddin menambah: "suatu ketika dulu aduan kebanyakannya mengenai liputan yang buruk, tetapi telah berubah sejak 2011."

CFM ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2001.

Dalam kes yang melibatkan pengadu dengan bil berjumlah RM122,703, CFM menjadi pengantara dan pengguna telah diberi diskaun sebanyak 88 peratus, dengan rebat 10 peratus dan peraturan pembayaran separa.

Pengadu, bagaimanapun, masih belum bersetuju dengan penyelesaian tersebut.

Dalam kes lain, Sara Kamal (bukan nama sebenar), 45, mengadu bahawa dia telah dihantar bil berjumlah RM23,000 selepas menggunakan servis 'data roaming' selama empat hari semasa perjalanan urusan perniagaan ke Singapura pada tahun 2011.

"Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana.

Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut," katanya. -kelab greenboc

Cara melemahkan umat islam


Kuasa-kuasa besar Islam datangnya dari bumi Arab, tapi sampai sekarang kuasa-kuasa yang telah hilang tu susah untuk dikembalikan. Apatah lagi ketika pernah ia mula berputik di beberapa negara Islam khususnya, ketika itu jugalah ianya dicantas sebelum ianya berbuah.

Segala tipu helah digunakan bagi menyekat kebangkitan syariat Islam termasuklah rampasan kuasa seperti yang berlaku di Algeria dan Mesir. Dengan bantuan kuasa besar Amerika, talibarut berjaya bersama-sama dengan tentera bagi memporak-porandakan negara mereka sendiri.

Salah satu strategi utama kerajaan-kerajaan yang tunduk kepada Amerika mengekalkan kuasa ialah dengan memastikan rakyat yang sudah tidak lagi menyokong mereka berpecah-belah. Sentimen terhadap perbezaan kepercayaan agama akan senantiasa didendangkan. Jika ianya tidak berjaya, maka kerajaan-kerajaan boneka ini akan memainkan sentimen perbezaan fahaman tertentu dalam satu-satu agama.

Tidak kiralah ianya Buddha, Hindu, Kristian ataupun Islam itu sendiri.....

Dulu majoriti Cina dan India menyokong pemerintah, semua ok jer. Kini,apabila mereka tidak lagi percaya kepada pemerintah, semua Cina dan India dianggap kacang lupakan kulit dan hendak dihalau keluar negara. Namun, mereka tetap dengan pendirian untuk menolak pemerintah selama-lamanya.Tunggulah pula nanti, apabila Cambodia, Indonesia, Myanmar dan Bangla (CIMB) tidak lagi menyokong mereka akan diungkit perkara yang sama.

Pemerintah tiada pilihan selain ingin menghuru-harakan kesepakatan Islam dengan memainkan Isu perbezaan mazhab dan fahaman antara satu sama lain. Mereka merasa berjaya 'menangguk di air keruh' dengan pergolakkan di negara lain.

Diberitakan fahaman Syiah telah lama bertapak, namun sukar diambil tindakan. Mungkin agaknya semakin ramai yang secara terang-terangan tidak menyokong pemerintah, maka dengan sepantas kilat jugalah mereka hendak dihalau dan dicop sebagai sesat tanpa mengikuti apa-apa perbicaraan dari mana-mana mahkamah sekalipun.


Pejuang Malaysia di bumi Syria?



Ini adalah gambar satu-satunya mujahidin Free Syrian Army (FSA) berkerakyatan Malaysia asli bukan Banglasia atau Myammasia. Dilaporkan bahawa beliau baru sahaja berlepas ke sana untuk bersama barisan jihad menentang Regim Zalim Syiah Nusairiah LaknatuLlah Basyar Assad. Nama beliau Faisal Hamdi. Beliau berasal dari Alor Setar, Kedah Darul Aman dan kini menetap di Kuala Lumpur.

Beliau mempunyai seorang isteri, Faliyana Bt Muda dan mempunya beberapa seorang cahaya mata.

Mesti anda semua tertanya-tanya bagaimana seorang rakyat Malaysia ini boleh 'terlepas' ke Syria dan tiba-tiba muncul dengan menyertai pasukan mujahidin FSA di sana kan?


Sumber...klik sini

Bakat terpendam pemain gitar dari Malaysia?

Malas nak cerita pasal politik ni. Dibawah ni terjumpalah sebuah bakat terpendam dari Malaysia yang masih belum digilap rasanya. Bukan niat nak mempromosikan bakat muda ni tetapi rasanya bakatnya ni boleh bawa pergi jauh. Paling syok layan lagu Azura yang di instrumentalkan oleh budak ni.. layan video di bawah..


Serta satu video lain..


layan..haha

Catatan Popular