DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA


DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA -Asal kata Yunani, 'Demo' bermaksud rakyat/masyarakat , 'Cracy' bermaksud pemerintahan/undang2.Satu sistem politik yang membolehkan rakyat menentukan sebarang keputusan yang penting tentang polisi awam.

Pilihan raya merupakan mekanisma yang memelihara amalan pemerintahan demokrasi di negara ini.

Semua warganegara Malaysia yang layak di sisi undang-undang boleh membuang undi untuk memilih calon yang difikirkannya layak bagi mewakili diri dan pengundi-pengundi kawasan pilihan raya mereka.
Pada umumnya pilihan raya merupakan saluran rasmi rakyat (pengundi-pengundi) menyuarakan isi hati terhadap kepimpinan sebelumnya dan harapan mereka kepada calon (atau parti) yang bakal memimpin mereka.
Terdapat tiga jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum, pilihan raya kecil dan pilihan raya kerajaan tempatan.

Pilihan raya umum boleh diadakan selewat-lewatnya lima tahun selepas piliharaya terdahulu, selepas Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan tetapi boleh dipercepatkan atas sebab-sebab tertentu.

Pilihan raya negeri boleh diadakan berasingan dengan pilihan raya umum persekutuan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekuruan dan Negeri.

Wakil-wakil Rakyat adalah mereka yang mewakili satu kawasan pilihan raya Parlimen manakala Ahli Dewan Undangan Negeri mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri.

Wakil-wakil Rakyat menganggotai Dewan Rakyat. Peranan utama mereka ialah menggubal undang-undang negara, membicangkan hal-ehwal yang berkaitan dengan rakyat serta menjaga amanah kewangan negara.

Bilangan atau jumlah kerusi bagi kawasan pilihan raya Dewan Rakyat termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Perdana Menteri boleh dilantik dari kalangan Wakil Rakyat manakala Ketua Menteri atau Menteri Besar dilantik dari kalangan ahli Dewan Undangan Negeri.

Kedudukan seseorang Yang Berhormat (Ahli DUN atau Ahli Parlimen) tidaklah sangat teristimewa. Seseorang itu boleh terlucut dari jawatan tersebut sekiranya tersabit dengan kesalahan-kesalahan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan walaupun masih lagi dalam tempoh memegang jawatan itu.

Badan bebas dan berkecuali yang mengurus dan mentadbir proses pilihan raya ialah Suruhanjaya Pilihanraya. Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tidak semua warganegara boleh atau layak bertanding sebagai calon dalam pilihan raya kerana terdapat beberapa syarat yang harus dipatuhi.

Dewan Negara adalah dewan tertinggi dalam negara dan anggota-anggotanya dinamakan Senator atau Ahli Dewan Negara. Mereka dilantik berdasarkan Perlembagaan. Tugas utama Senator ialah meneliti dan mengkaji serta meluluskan rang undang-undang yang digubal oleh Dewan Rakyat sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

Mengikut Pindaan Perlembagaan 1980, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memperkenankan rang undang-undang yang diserahkan oleh Majlis Parlimen dalam satu tempoh yang tertentu.

Secara umumnya, itulah demokrasi acuan Malaysia...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular