OPS DAULAT- musuh tinggal lebih kurang 10 orang


LAHAD DATU, 29 Mac (Bernama) -- Selepas 25 hari Operasi Daulat dilancarkan, pasukan keselamatan mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata angka itu mengambil kira jumlah musuh yang ditembak mati dan ditangkap berbanding bilangan musuh semasa mula bertapak di Kampung Tanduo, 12 Feb lepas iaitu kira-kira 200 orang.

"Saya tidak boleh mengatakan bahawa musuh tidak ada atau sebaliknya...kami yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang dari 10 orang," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Beliau berkata gerakan ofensif yang disusuli operasi menggeledah dan membersih sehingga kini berjaya membersihkan tiga dari lima kampung yang menjadi lokasi persembunyian dan pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas.

Hamza berkata selepas Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian dibersihkan, pasukan keselamatan kini memberi tumpuan kepada kawasan Tanjung Bilis dan Lok Buani.

Beliau berkata penduduk Kampung Tanjung Labian akan dibenar pulang selepas ketua-ketua keluarga dan ketua kampung dibawa melawat ke kediaman mereka bersama-sama pasukan penilaian esok.

Bagi penduduk Kampung Tanjung Batu, Hamza berkata seramai 20 hingga 25 penghuni yang rumah mereka tidak mengalami kerosakan teruk akan dibenar pulang ke rumah masing-masing esok, manakala pemilik yang rumahnya musnah dibenar untuk terus tinggal di pusat pemindahan sementara.

Beliau berkata sebagai langkah keselamatan, anggota keselamatan akan terus ditempatkan di kampung berkenaan untuk berkawal dan mendominasi kawasan itu.

"Selain itu kami juga akan melaksanakan khidmat kepolisan lain untuk memulihkan keyakinan penduduk apabila berada di kampung itu," katanya.
BERNAMA

CARA SEMAK ONLINE UPU



CARA SEMAK ONLINE PERMOHONAN IPTA SESI 2012/2013 | SEMAK UPU | CARA SEMAK ONLINE UPU 2012. Tahniah buat lebih 38,000 calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2012/2013. Mereka yang dipilih terdiri dari 52,430 calon yang layak daripada 63,467 permohonan dan surat tawaran rasmi akan dihantar mulai Isnin ini.


Daripada 38,549 yang diterima itu, 25,372 atau 65.8 peratus adalah wanita, manakala dari segi aliran pula 57 peratus daripada aliran sains dan baki beraliran sastera. Prestasi calon yang berjaya mengikut kaum pula menunjukkan bumiputera mencatat 70.2 peratus (27,455), Cina (86.4 peratus atau 8,986), India (72.8 peratus atau 1,384) dan daripada kaum lain 69.8 peratus.Calon yang menerima surat tawaran perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari atau sebelum 22 Julai.

LINK UPU : SINI

MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) MUET

Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon


ARAHAN DAN PANDUAN PENDAFTARAN CALON

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST(MUET) TAHUN 2013 (APKM)



Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon MUET ini mengandung maklumat yang berikut:

1 Syarat kelayakan untuk menduduki MUET.

2 Tempoh sah laku.

3 Komponen MUET.

4 Bayaran untuk menduduki ujian.

5 Cara pendaftaran calon MUET

5.1 Calon sekolah/institusi

5.2 Calon persendirian individu

6 Calon istimewa.

7 Slip Pendaftaran Calon (MUET/PP).

8 Tarikh pendaftaran dan tarikh ujian.

9 Angka giliran calon dan pusat ujian.

10 Slip Daftar MUET (MUET/D).

11 Perpindahan pusat ujian.

12 Penarikan diri.

13 Keputusan MUET.

14 Rayuan semak semula keputusan MUET.



1. SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI MUET

Tiada sebarang syarat yang dikenakan untuk menduduki MUET.



2. TEMPOH SAH LAKU

Keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013manakalakeputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.



3. KOMPONEN MUET

Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:

Kod Kertas
Nama Kertas

800/1

Listening (30 minit)

800/2

Speaking (30 minit)

800/3

Reading (90 minit)

800/4

Writing (90 minit)

* Maklumat lanjut sila rujuk Sukatan Pelajaran MUET (Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions) .

4. BAYARAN UNTUK MENDUDUKI UJIAN

(a) Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:


Yuran pendaftaran

RM 40.00


Yuran mata pelajaran

RM 60.00


Jumlah

RM100.00


MPM
Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC di kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet. Maklumat lanjut sila layari www.mesp.gov.my/online.

Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.



(b) Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Slip Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon.



5. CARA PENDAFTARAN CALON MUET

5.1 Calon Sekolah/Institusi

(a) Pendaftaran calon sekolah/institusi dibuat secara online melalui www.mesp.gov.my/online.

(b) Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (SPP JPN) hendaklah terlebih dahulu mengemaskini maklumat sekolah/institusi yang akan menjadi pusat ujian sebelum pendaftaran dibuka.

(c) Pengetua sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah/institusinya kepada SPP JPN dan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD).

(d) Taklimat tentang kaedah pendaftaran secara online di peringkat daerah kepada semua SUP sekolah/institusi hendaklah diberikan oleh PPD.

(e) Pihak sekolah/institusi juga boleh mendapatkan maklumat tentang pendaftaran calon MUET untuk sekolah/institusi melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

(f) Pihak sekolah/institusi perlu mendapatkan Nama Pengguna dan Kata Laluan daripada SPP JPN untuk masuk ke dalam sistem pendaftaran online ini. SUP sekolah/institusi dinasihatkan untuk memuat turun/mencetak Manual Sekolah dalamwww.mesp.gov.my/online yang terpapar pada ikon sekolah untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut.

(g) Pengetua sekolah/institusi hendaklah mengarahkan SUP untuk mengurus pendaftaran sekolah/institusinya dengan mengambil tindakan yang berikut:

(i) Mengemaskini maklumat sekolah yang terdapat dalam sistem pendaftaran online

(ii) Mengisi data maklumat pendaftaran calon bagi sekolah/institusinya yang ingin menduduki MUET

(iii) Mengenalpasti calon kurang upaya dari segi penglihatan (buta) dan kurang upaya dari segi anggota/spastik, rabun, kurang dengar/pekak, atau sengau dan mendaftarkannya bersama-sama calon lain tetapi pemberitahuanbahawa calon tersebut adalah calon istimewa dan keistimewaan yang dipohon adalah seperti tindakan padapara 6

(iv) Memastikan nombor PIN MEC disediakan dengan secukupnya oleh calon sekolah/institusi yang ingin menduduki MUET.

(v) Menyemak maklumat awal pendaftaran calon melalui slip pendaftaran MUET (MUET/PP) seperti ejaan nama, nombor Kad Pengenalan dan maklumat lain yang tercatat pada MUET/PP adalah betul, dan mengemaskininya jika terdapat pindaan oleh calon sebelum talian pendaftaran online di sekolah ditamatkan. MUET/PP ini boleh digunakan sebagai bukti pendaftaran telah dibuat bagi menuntut Slip Daftar MUET (MUET/D) calon (jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D).

(vi) Memastikan data maklumat pendaftaran calon adalah betul sebelum talian pendaftaran online di sekolah/institusi ditamatkan.

(vii) Menyemak Slip Daftar MUET (MUET/D) bagi calon sekolah/institusinya dan memastikan MUET/D dicetak oleh calon sebagai tiket untuk menduduki ujian.

(viii) Memaklumkan maklumat calon sekolah/institusinya yang tercicir kepada SPP JPN atau Majlis Peperiksan Malaysia jika terdapat calon yang telah didaftarkan tiada dalam semakan MUET/D dengan kadar SEGERA.

(ix) Mematuhi tarikh akhir talian pendaftaran online dibuka dan penghantaran maklumat pendaftaran/bahan/dokumen pendaftaran yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan oleh SPP JPN.


maklumat selanjutnya rujuk : sini

LAPAN LELAKI YANG DITUDUH BUKAN RAKYAT FILIPINA?

MANILA - Seramai lapan lelaki yang dituduh kerana kesalahan berkaitan keganasan di Mahkamah Tinggi Tawau kelmarin merupakan rakyat Malaysia, bukan pengikut Jamalul Kiram III.

Jurucakap Jamalul, Abraham Idjirani berkata semalam, seorang lelaki telah mengambil alih identiti salah seorang pengikut Jamul yang dibunuh pasukan keselamatan Malaysia 1 Mac lalu.

Lapan didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Apa yang kerajaan Malaysia cuba lakukan? Mereka berbohong dan memperbodohkan kerajaan Filipina malah, seluruh dunia,” katanya.

“Kami yakin yang Malaysia akan terus berbohong supaya sultan kami tidak akan mendapat sebarang sokongan daripada Presiden Aquino dan kerajaan kami sendiri,” kata Idjirani.

Dipetik laman web www.abs-cbnnews.com, beliau turut menuduh kerajaan Malaysia melancarkan kempen palsu untuk menjatuhkan Jamalul.

“Saya rasa saya tahu mengapa Malaysia tidak membenarkan media asing membuat liputan ke Sabah. Ini kerana mereka sedang menyembunyikan sesuatu,” ujarnya.

Abraham turut menafikan laporan dari Malaysia mengatakan Agbimuddin Kiram sudah meninggalkan Sabah dan kini bersembunyi di Mindanao.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, lapan lelaki Filipina yang didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau perlu diwakili peguam bagi membela mereka demi keadilan dan atas dasar kemanusiaan.

Abdul Gani berkata disebabkan prinsip itu, beliau memohon mahkamah supaya tidak mencatatkan sebarang pengakuan tertuduh sehingga diwakili peguam masing-masing.

Katanya Jabatan Peguam Negara akan menghubungi kedutaan Filipina esok sekiranya mereka berhasrat melantik peguam bagi pihak warganegaranya.

"Kelapan-lapan mereka telah dituduh tetapi saya meminta supaya hakim tidak mengambil pengakuan sebab sebagai pendakwa raya, saya berpendapat bahawa mereka harus diwakili peguam kerana hukumannya adalah berat.

"Kita ada peruntukan di mana bagi dua tertuduh di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan (melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong), ia membenarkan kerajaan melantik peguam untuk mereka, mahkamah akan melantik peguam dan kerajaan akan bayar.

"Walaupun tuduhan di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (menjadi ahli pengganas) yang dihadapi tertuduh lain tidak membawa hukuman mati, namun saya memberi jaminan kepada mahkamah bahawa saya akan cuba seberapa boleh untuk dapatkan peguam. Bukan atas apa tetapi atas prinsip kemanusiaan, seseorang yang dituduh harus mendapat pembelaan," katanya. SUMBER : SINAR

Catatan Popular