MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) MUET

Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon


ARAHAN DAN PANDUAN PENDAFTARAN CALON

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST(MUET) TAHUN 2013 (APKM)



Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon MUET ini mengandung maklumat yang berikut:

1 Syarat kelayakan untuk menduduki MUET.

2 Tempoh sah laku.

3 Komponen MUET.

4 Bayaran untuk menduduki ujian.

5 Cara pendaftaran calon MUET

5.1 Calon sekolah/institusi

5.2 Calon persendirian individu

6 Calon istimewa.

7 Slip Pendaftaran Calon (MUET/PP).

8 Tarikh pendaftaran dan tarikh ujian.

9 Angka giliran calon dan pusat ujian.

10 Slip Daftar MUET (MUET/D).

11 Perpindahan pusat ujian.

12 Penarikan diri.

13 Keputusan MUET.

14 Rayuan semak semula keputusan MUET.



1. SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI MUET

Tiada sebarang syarat yang dikenakan untuk menduduki MUET.



2. TEMPOH SAH LAKU

Keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013manakalakeputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.



3. KOMPONEN MUET

Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:

Kod Kertas
Nama Kertas

800/1

Listening (30 minit)

800/2

Speaking (30 minit)

800/3

Reading (90 minit)

800/4

Writing (90 minit)

* Maklumat lanjut sila rujuk Sukatan Pelajaran MUET (Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions) .

4. BAYARAN UNTUK MENDUDUKI UJIAN

(a) Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:


Yuran pendaftaran

RM 40.00


Yuran mata pelajaran

RM 60.00


Jumlah

RM100.00


MPM
Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC di kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet. Maklumat lanjut sila layari www.mesp.gov.my/online.

Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.



(b) Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Slip Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon.



5. CARA PENDAFTARAN CALON MUET

5.1 Calon Sekolah/Institusi

(a) Pendaftaran calon sekolah/institusi dibuat secara online melalui www.mesp.gov.my/online.

(b) Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (SPP JPN) hendaklah terlebih dahulu mengemaskini maklumat sekolah/institusi yang akan menjadi pusat ujian sebelum pendaftaran dibuka.

(c) Pengetua sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah/institusinya kepada SPP JPN dan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD).

(d) Taklimat tentang kaedah pendaftaran secara online di peringkat daerah kepada semua SUP sekolah/institusi hendaklah diberikan oleh PPD.

(e) Pihak sekolah/institusi juga boleh mendapatkan maklumat tentang pendaftaran calon MUET untuk sekolah/institusi melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

(f) Pihak sekolah/institusi perlu mendapatkan Nama Pengguna dan Kata Laluan daripada SPP JPN untuk masuk ke dalam sistem pendaftaran online ini. SUP sekolah/institusi dinasihatkan untuk memuat turun/mencetak Manual Sekolah dalamwww.mesp.gov.my/online yang terpapar pada ikon sekolah untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut.

(g) Pengetua sekolah/institusi hendaklah mengarahkan SUP untuk mengurus pendaftaran sekolah/institusinya dengan mengambil tindakan yang berikut:

(i) Mengemaskini maklumat sekolah yang terdapat dalam sistem pendaftaran online

(ii) Mengisi data maklumat pendaftaran calon bagi sekolah/institusinya yang ingin menduduki MUET

(iii) Mengenalpasti calon kurang upaya dari segi penglihatan (buta) dan kurang upaya dari segi anggota/spastik, rabun, kurang dengar/pekak, atau sengau dan mendaftarkannya bersama-sama calon lain tetapi pemberitahuanbahawa calon tersebut adalah calon istimewa dan keistimewaan yang dipohon adalah seperti tindakan padapara 6

(iv) Memastikan nombor PIN MEC disediakan dengan secukupnya oleh calon sekolah/institusi yang ingin menduduki MUET.

(v) Menyemak maklumat awal pendaftaran calon melalui slip pendaftaran MUET (MUET/PP) seperti ejaan nama, nombor Kad Pengenalan dan maklumat lain yang tercatat pada MUET/PP adalah betul, dan mengemaskininya jika terdapat pindaan oleh calon sebelum talian pendaftaran online di sekolah ditamatkan. MUET/PP ini boleh digunakan sebagai bukti pendaftaran telah dibuat bagi menuntut Slip Daftar MUET (MUET/D) calon (jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D).

(vi) Memastikan data maklumat pendaftaran calon adalah betul sebelum talian pendaftaran online di sekolah/institusi ditamatkan.

(vii) Menyemak Slip Daftar MUET (MUET/D) bagi calon sekolah/institusinya dan memastikan MUET/D dicetak oleh calon sebagai tiket untuk menduduki ujian.

(viii) Memaklumkan maklumat calon sekolah/institusinya yang tercicir kepada SPP JPN atau Majlis Peperiksan Malaysia jika terdapat calon yang telah didaftarkan tiada dalam semakan MUET/D dengan kadar SEGERA.

(ix) Mematuhi tarikh akhir talian pendaftaran online dibuka dan penghantaran maklumat pendaftaran/bahan/dokumen pendaftaran yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan oleh SPP JPN.


maklumat selanjutnya rujuk : sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular