Ini adalah sifat keperihatinan DS Najib terhadap golongan rakyat berpendapatan rendah bagi membantu. Tidak pernah kerajaan BN oleh PM yang sebelum ini terfikir mahu beri bantuan ini.
Tun Mahathir mengaku bahawa cara ini popular. Majoriti rakyat suka. Mereka kata merasa juga mereka. Ditambah dengan bantuan RM100 bagi setiap anak yang bersekolah. Kalau ada 5 atau 7 anak maka bertambah lega ibu bapa.
Pemimpin bangkang kata ini rasuah cara BN mahu dapat kembali sokongan rakyat. Lim Guan Eng kata kalau Pakatan Rakyat memerintah BR1M akan tambah ke RM1000.
BR1M bukan rasuah sebab BN sebagai kerajaan yang diberi mandat telah membuat keputusan secara kolektif bantuan diberi. Ini skema untuk menolong rakyat yang memerlukan.
Kerajaan mahu tolong rakyat itu bukan rasuah. Soal rakyat mahu sokong kerajaan itu terpulang kepada budi bicara rakyat.
Kerajaan meluluskan bantuan kepada 4,206,572 penerima sehingga 15 April.
Mana yang tidak dapat boleh buat rayuan.
Seramai 331,615 pemohon membuat rayuan sehingga 15 April lepas dan daripada jumlah itu, sebanyak 281,443 rayuan diluluskan.
Tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih dibuka sehingga 30 April, demikian menurut Kementerian Kewangan.
Kerajaan bersetuju menetapkan tarikh sah laku baucar BR1M adalah sehingga 15 Mei depan.
Kalau dibuat kajian persepsi adakah 4.2 juta penerima bantuan BR1M ini suka? Sudah tentu mereka suka.
Ada juga peristiwa-peristiwa menarik semasa majlis BR1M ini. Ada ahli keluarga yang terputus hubungan boleh berjumpa kembali. Anak bertemu emak, anak bertemu ayah, janda bertemu duda, macam-macam peristiwa yang 'touching'.
Ramai kawan-kawan lama boleh berjumpa. Wakil Rakyat boleh jumpa rakyat.
Ramai kawan-kawan lama boleh berjumpa. Wakil Rakyat boleh jumpa rakyat.
sumber : sini
p/s
Persoalannya, apakah kesannya pada keputusan pru13 lepas? Rasanya walaupun mungkin sekali setahun diberi tetapi sebenarnya memberi impak yang amat besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan