PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang bomoh menjalani hukuman penjara sembilan bulan bagi dua pertuduhan mencabul seorang pelajar perempuan yang mendapatkan rawatan untuk histeria di rumahnya pada 2005.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali membuat keputusan itu sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang melepas serta membebaskan Mohd Yazid Yahaya, 54, daripada kedua-dua pertuduhan.
Mohd Yazid didakwa melakukan kedua-dua kesalahan terhadap mangsa, yang ketika itu berusia 17 tahun dan merupakan rakan anak gadisnya, di Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 8 dan 11 Mei, 2005.
Panel itu, yang turut dianggotai Datuk Linton Albert dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, mengembalikan keputusan Mahkamah Majistret mensabitkan tertuduh atas kedua-dua pertuduhan serta hukuman penjara enam bulan bagi kesalahan pertama dan sembilan bulan bagi pertuduhan kedua.
Mohamed Apandi memerintahkan Mohd Yazid menjalani hukuman itu secara serentak mulai hari ini.
Mohd Yazid sebelum ini dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuan kes.
Dalam penghakimannya, Mohamed Apandi berkata isu yang perlu diputuskan ialah sama ada Mahkamah Majistret melakukan kesilapan kerana didakwa gagal memenuhi kehendak Seksyen 257 Kanun Tatacara Jenayah iaitu menjelaskan prosedur kepada seorang tertuduh yang tidak diwakili peguam.
"Berdasarkan fakta kes, mahkamah ini mendapati tidak ada kesilapan yang dilakukan," katanya.
Mohamed Apandi berkata pada prosiding kes itu di Mahkamah Sesyen, Mohd Yazid menyoal balas saksi pendakwaan dan ini menunjukkan tertuduh memahami prosedur yang berkaitan. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Rakan Link Blogger
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ATOK OH ATOK..Setahun yang lalu
-
-
Kenyataan Nurul Izzah tentang Dr M di akhbar S'pura dipertikai5 tahun yang lalu
-
Pemborong kerang hidup & kerang kopek untuk peniaga…5 tahun yang lalu
-
-
20 MANFAAT VICKS VAPORUB7 tahun yang lalu
-
-
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 tahun yang lalu
-
-
-
Antara Punca Lelaki Sakit Belakang11 tahun yang lalu
-
Catatan Popular
-
Perempuan Dengan Nafsu Seks yang Besar Bercakap tentang selera seksual yang besar, ia bukan sahaja sinonim dengan lelaki tetapi banyak m...
-
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat pengunjung blog sekalian, Hari ni saya hanya nak kongsikan tips dan panduan bagaimana mem...
-
Sejarah Daerah-daerah Di Sabah Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Compan...
-
Gambar dan spesifikasi Proton Perdana Baru 2014 - Proton Perdana Baru 2014 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...
-
Mengenai Kes Pilipin Suluk mencerobohi Lahad Datu.. Masyarakat Dayak di Kalimatan dimana berpengalaman dalam kes Dayak vs Madur...
-
1. Tembok Besar China Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 5,000 kilometer. 2. Pi...
-
10 bahagian tubuh wanita yang paling sukai ketika aksi pemanas badan Ketika mahu bersama dengan isteri, pastinya sang suami akan melakuk...
-
Tahniah buat pasukan Malaysia. Permainan yang amat bermutu ditunjukkan oleh skuad yang dipimpin oleh Dollah Saleh selaku jurulatih Harimau M...
-
Subhanallah!! Bayi Mengandungkan Bayi Lain Dalam Perut Subhanallah!! Bayi Mengandungkan Bayi Lain Dalam Perut | Jika terdapat sebaran...
-
Amaran! Jangan Gunakan Minyak Masak Berulang-Ulang Kali. Kesannya.... | Pusat Racun Negara baru-baru ini memberi amaran bahawa minyak masak ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan