Sebagai Fakta, daripada tiga kompenan parti itu, empat parti iatu Upko, PBRS, Gerakan dan MIC, di mana presidennya pernah kalah dalam pilihanraya.
Presiden Upko dulu PDS Tan Sri Bernard Dampok pernah kalah pada tahun 1999 di kerusi Dun Moyog, demikian juga Tan Sri Joseph Kurup kalah di Parlimen Keningau. Sementara Presiden Gerakan dan MIC kalah pada PRU-2008.
Di antara komponen parti itu, MIC mendahului menerima tamparan tsunami politik tahun 2008, diikuiti MCA, sementara lain masih mengekalkan sokongan rakyat terhadapnya. Malah UPKO dan LDP mencapai kemenangan 100 peratus pada tahun 2008, bersamaan dengan Umno Sabah, walaupun Umno Semenanjung hampir menerima serangan tsunami politik.
Bagi berdepan PRU-13, pembahagaian kerusi antara komponen Bn mempertahankan status quo tahun 2008, kecuali untuk kerusi yang dikuasai SAPP, Parlimen Tawau, Parlimen Sepanggar, Dun Tanjong Papat Dun Elupora, Dun Luyang dan Dun Likas.
Pada Rabu, Presiden LDP Datuk VKLiew dipetik sebagai berkata, DUN Karamunting yang pada asalnya kerusi LDP, namun kerana DUNnya berpindah kapal ke parti Gerakan, akan tetap ditandingi parti itu, selain mendapat tambahan kerusi di Pantai barat, samada Dun Luyang atau Likas.
Pada PRU-12, hanya calon-calon daripada PBS menjadi liabilti apabila dua calonnya kalah, satu di peringkat Parlimen dan satu di peringkat Dun.Berdasarkan keadaan semasa, nampaknya beberapa komponen parti Bn Sabah akan kehilangan kerusi samada di peringkat Parlimen mahupun Dun, termasuk parti Umno.
Kerusi Umno yang dikatakan dalam keadaan bahaya adalah Dun Klias dan Parlimen Beaufort. Sementara bagi Upko adalah Parlimen Penampang,Dun Moyog dan Dun Kuala Penyu. MCA pula hanya Dun Kepayan, sementara PBS dijangka kehilangan DUN Api-Api, Dun Tanjong Aru, dan Dun Inanam, namun akan menang semula di Dun Sri Tanjung Tawau.
Sementara Gerakan yang pertama kali bertanding akan menang di Dun Tanjong Papat dan Dun Elopura, manakala LDP walaupun akan menghadapi saingan hebat, akan mampu mempertahankan Parlimen Sandakan, Merotai, Karamunting dan dalam keadaan 50:50 bagi Dun Tanjong Kapur, Kudat, dan mungkin gagal menang pada kerusi baru yang diperuntukan kepada parti itu.
Pada PRU-13 kali ini, Bn Sabah akan menyapu bersih kawasan Pantai Timur Sabah, termasuk pedalaman, kecuali Dun Tanjong Kapur, Kudat. Bn Sabah akan hanya kehilangan beberpa kerusi-kerusi di pantai Barat Sabah, terutama kawasan Bandar.
Kawasan yang sukar dimenangi BN adalah Parlimen Kota Kinabalu, Dun Luyang, Dun Api-Api, Dun Kepayan, Dun Tanjong Aru dan Dun Inanam, namun masih ada peluang bagi Parlimen Penampang, Parlimen Beaufort, Dun Klias, Dun Kuala Penyu, Dun Moyog dan Dun Likas.
Apapun, selepas PRU-13 nanti, BN Sabah akan membentuk kerajaan Negeri dengan kuasa 2/3 walaupun akan kehilangan beberapa kerusi. Di Peringkat Parlimen pula, Bn Sabah akan kehilangan 2-3 kerusi, dan maksima empat daripada 25 kerusi dipertandingkan.
Analisis ini, berdasarkan kepada trend pengundi kaum cina, dimana menurut beberapa penganalis politik, 80 peratus kaum itu condong kepada pembangkang.
p/s : Apa-apa pun boleh terjadi di saat-saat akhir. Usaha yang konsisten dan kuat dalam meraih undi rasanya akan membuahkan hasil kerana sekarang rakyat sudah semakin cerdik. Selamat mengundi semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan