Projek Jet Pejuang Malaysia "Taufan Ganas" TUDM di Universiti Putra Malaysia




Bertempat di ibu pejabat MIGHT (Malaysian Industry-Government Group for High Technology), Datuk Rosdi Mahmud yang merupakan CEO CTRM Sdn Bhd, yang juga merupakan Executive Director Aerospace Malaysia Innovation Centre (AMIC) telah mengisytiharkan bahawa UPM telah dipilih sebagai LEAD UNIVERSITY bagi AMIC.

Manakala universiti lain seperti UTM, UKM, UTeM, UiTM dan USM adalah Strategic University Partner dalam AMIC.

AMIC yang merupakan pusat penyelidikan bertaraf dunia yang ditubuhkan berdasarkan model AMRC with Boeing di Sheffield. Di Sheffield, AMRC diterajui Boeing dan Rolls Royce manakala AMIC pula ia diterajui oleh EADS, Rolls Royce dan CTRM. Joint Chairman bagi AMIC adalah EADS dan Penasihat Sains Perdana Menteri.

EADS (European Aeronautic Defense and Space Company) adalah syarikat yang mempunyai kepentingan 100% dalam AIRBUS. Rolls Royce adalah pengeluar enjin pesawat komersil yang utama manakala CTRM Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia yang menjadi kontraktor bagi AIRBUS.

Pemilihan UPM telah dilakukan berdasarkan dokumen Invitation to bid yang telah dilakukan oleh pihak Sekretariat Malaysian Aerospace Council bermula 28 Disember 2010 hingga 28 Januari 2011 yang lalu. Pengumuman dibuat setelah pihak Steering Committee yang terdiri dari EADS, Rolls Royce, CTRM, EPU, MOF, MIGHT dan MOHE bermesyuarat di sebelah pagi.

Sebagai LEAD UNIVERSITY, UPM perlu menjadi sebagai koordinator bagi mengembelingkan pakar-pakar yang berada di Malaysia agar dapat menyumbangkan kepakaran mereka untuk teknologi yang berkaitan aerospace.

AMIC merupakan satu pusat penyelidikan yang bersifat multi disiplin kerana pakar-pakar dari UPM yang akan terlibat dengan AMIC datangnya dari Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Fakulti Pertanian.

Menurut Perunding Teknikal bagi AMIC, Dr Mohd Roshdi Hassan, antara penyelidikan yang akan dilaksanakan oleh AMIC adalah bahan api alternatif dari Algae, kaedah baru pembentukan struktur pesawat dari bahan komposit, penggunaan bahan yang berasaskan bio komposit bagi panel dalaman pesawat dan juga yang berkaitan dengan avionik.

Penubuhan AMIC telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia ketika Mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia pada 1 Disember 2010 yang lalu. Sebanyak RM 40 juta telah diperuntukkan bagi AMIC dimana RM 20 Juta dari Kerajaan Malaysia dan RM 20 Juta dari EADS, Rolls Royce dan Sprit Aerosystem.

Majlis Aeroangkasa Malaysia juga telah melantik MIGHT-METEOR Advance Manufacturing Sdn Bhd (MMAM) sebagai Pengurus Projek AMIC. Dalam Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), MMAM telah dipertanggungjawabkan bagi menubuhkan satu pusat kecemerlangan bagi aeroangkasa menjelang hujung 2010. Jadi, pusat kecemerlangan yang dimaksudkan dalam ETP tersebut adalah AMIC.

AMIC dijangka akan memulakan operasinya pada pertengahan tahun ini dengan mulakan projek penyelidikan yang telah ditelah dikenal pasti oleh pihak steering committee.


p/s Diharap menjadi kenyataan supaya negara menjadi semakin kuat dalam hal ketenteraan. Pembelian peralatan persenjataan dari pihak asing untuk jangka masa panjang sebenarnya amat merugikan negara. Lagipun, jika mampu membina peralatan ketenteraan sendiri, rasanya pihak asing akan lebih menghormati kita. Ayuh Malaysia....terus berjuang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular